ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 24 Oktober 2026.
Taufan Champi Taiwan: Dua rakyat Malaysia cedera, Wisma Putra pantau rapat perkembangan
Wisma Putra mengesahkan dua rakyat Malaysia mengalami kecederaan ringan akibat Taufan Champi yang melanda Taiwan, sambil memaklumkan pihaknya sedang memantau rapat perkembangan bencana itu yang turut mengganggu perkhidmatan pengangkutan dan aktiviti harian di beberapa kawasan negara berkenaan.
Tiada kecederaan organ dalaman terhadap tahanan yang meninggal dunia - Bukit Aman
Bedah siasat ke atas seorang lelaki yang meninggal dunia selepas dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM) ketika dalam tahanan polis pada 1 Okt mendapati tiada kecederaan pada organ dalamannya.
Rakyat tunjang kekuatan negeri Selangor - Sultan Sharafuddin
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan penghargaan kepada rakyat yang telah menjadikan 25 tahun pemerintahan baginda sebagai satu perjalanan yang gemilang dan penuh makna.
Ajaran sesat: ‘Ratu Balqis’, dua rakan subahat dipenjara 12 bulan
Seorang wanita dikenali sebagai ‘Ratu Balqis’ didenda RM5,000 dan penjara 12 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah atas penyebaran ajaran sesat.
KDN serah isu Shuhaily kepada KSU kementerian dan KSN - Saifuddin Nasution
Perkara itu diurus mengikut peraturan pentadbiran awam sedia ada selepas Mohd Shuhaily didakwa di mahkamah.
Kerajaan sedia tanggung subsidi bahan api hingga RM45 bilion setahun, elak rakyat terbeban - Anwar
Langkah diambil untuk melindungi rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana, daripada kesan kenaikan harga minyak dunia.
Waze pegang data pemetaan seluruh Malaysia, termasuk lokasi sensitif tidak berdaftar - NACSA
Aplikasi navigasi Waze telah mengumpul data strategik negara selama bertahun-tahun, sehingga berjaya memetakan lambakan lokasi sensitif yang tidak didaftarkan dalam peta awam.
PRN Melaka: PH umum calon 21 kerusi, tujuh lagi kosong
Pakatan Harapan (PH) mengumumkan akan bertanding di 21 daripada keseluruhan 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
Pearly-Thinaah bangkit daripada ketinggalan untuk mara ke final Terbuka Perancis
Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk mara ke final Terbuka Perancis 2026 dengan menundukkan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, di Paris hari ini.
Pelabur global pilih Sarawak, Semenanjung untuk pelaburan AI US$50 bilion – PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa seorang pelabur global berhasrat melaksanakan pelaburan bernilai US$50 bilion dalam bidang kecerdasan buatan (AI), teknologi baharu dan pusat data di Sarawak serta Semenanjung.