BISNES
AstroBiz: La Socialites angkat juadah Selatan India di tengah ibu kota

Ruban (gambar) mengesyorkan orang ramai untuk datang menikmati pelbagai menu istimewa Selatan India sambil ditemani pelbagai aktiviti menarik di La Socialites, Bangsar. -Foto Astro
KUALA LUMPUR: Di tengah-tengah kesibukan Bangsar, restoran La Socialites yang merupakan salah satu pemenang kempen Astro BizOne Rewards, menempa nama dalam kalangan pelanggan dengan pelbagai tarikan menu sajian Selatan India.
Ringkasan AI
- Restoran La Socialites di Bangsar menarik perhatian pelanggan dengan sajian Selatan India yang unik dan menu berbeza setiap hari, termasuk kari kambing special sebagai hidangan utama.
- Sebagai pemenang kempen Astro BizOne Rewards, restoran ini mendapat liputan khas di Astro AWANI dan menawarkan aktiviti seperti snuker, live band, serta tayangan sukan secara langsung yang menarik minat pelanggan.
- Selain makanan, La Socialites turut menyediakan salon kecantikan dan butik sari di tingkat atas, menjadikannya destinasi lengkap untuk santai dan hiburan, terutama bagi golongan elit di kawasan Bangsar.
“Saya suka makanan, dan ayah saya seorang tukang masak yang bagus, jadi dengan itu saya sememangnya ada impian untuk membuka sebuah restoran menawarkan pelbagai hidangan istimewa.
“Hidangan paling istimewa ialah kari kambing special kami yang dimasak selama berjam-jam bagi membangkitkan rasa dan rempah asli yang digunakan bagi hidangan itu, agar keunikan rasa dapat diingati pengunjung.
“La Socialites bermaksud masyarakat atau golongan elit jadi kami dapati bahawa di kawasan ini pada dasarnya di Bangsar, sememangnya menyasarkan golongan elit.
"Jadi nama ini sesuai untuk landskap geografi ini, oleh itu, kami memilih nama La Socialites,” jelasnya dalam temu bual, di sini.

Permainan snuker menjadi antara tarikan utama di La Socialites. - Foto Astro
Katanya, La Socialites juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti permainan snuker, pertunjukan live band, dan tayangan perlawanan sukan secara langsung menerusi pakej Astro BizOne.
“Setiap minggu kami mengadakan tayangan perlawanan bola sepak dan menyambut peminat sukan badminton pada hari Rabu hingga Sabtu.
“Dengan pakej Astro BizOne, ia sebenarnya menarik orang ramai untuk datang menonton perlawanan dan rata-rata juga suka dengan suasana ditawarkan, mereka rasa seakan-akan berada di rumah.
“Saya bersyukur memenangi Astro BizOne Rewards sebab dapat meluaskan lagi jenama kami di pelbagai platform Astro, jadi terima kasih Astro di atas inisiatif ini,” tambahnya.
Selain itu, Ruban berkongsi, antara tarikan lain termasuk salon kecantikan dan butik sari ditubuhkan bersama di tingkat atas restoran tersebut.

Antara makanan kegemaran pelanggan di La Socialites ialah Sizzling Grilled Chicken Chop dengan kuah lada hitam istimewa. - Foto Astro
Sementara itu, beberapa pelanggan berkongsi pengalaman menikmati pelbagai juadah dan suasana menonton perlawanan sukan di La Socialites.
“Saya suka nasi goreng kambing mereka, ia sangat kaya dengan perisa, dan hari ini saya mencuba burger ikan mereka walaupun saya bukan pencinta makanan segera, tapi saya suka burger ikan ini... ia segar, jadi saya suka.
“Saya selalu datang sini sebab suasana santai dan mesra keluarga jadi untuk seorang wanita berkerjaya seperti saya.
"Saya rasa ini tempat yang sesuai untuk tenangkan fikiran selepas penat bekerja,” kata P. Shoba Rani.
“Saya suka semua menu dengan kambing yang dihidangkan di sini kerana rasanya yang autentik.
“Mereka menayangkan perlawanan sukan secara langsung termasuk bola sepak, dan badminton.
"Saya suka menonton badminton secara langsung dan sepanjang saya di sini, suasana selalunya meriah kerana kami ramai-ramai bersorak untuk Malaysia dan atlet sukan secara langsung,” jelas Hadrian Raj.
Kempen Astro BizOne Rewards memberi ganjaran promosi bagi pelanggan makanan dan minuman (F&B) yang melanggan pakej Astro BizOne.
Ayuh sertai Astro BizOne Rewards hari ini dan gandakan potensi bisnes anda ke peringkat lebih tinggi sebelum tarikh tamat pada 17 Oktober nanti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami