Tema Bajet 2013: Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati
Jumlah Peruntukan: RM251.6 bilion
Peruntukkan perbelanjaan mengurus: RM201.9 bilion
• RM58.6 bilion diperuntukkan untuk Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.
Peruntukkan pembangunan: RM49.7 bilion
• RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar.
• RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.
MENINGKATKAN PELABURAN
• Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.
• RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.
KESIHATAN
• Seramai 1.4 juta anggota Perkeso boleh menjalani pemeriksaan kesihatan percuma di hospital kerajaan atau klinik panel Perkeso.
• RM19.3 bilion diperuntukkan bagi perkhidmatan dan pembangunan kesihatan. RM20 juta untuk membuka tambahan 70 Klinik 1Malaysia, yang akan turut menyediakan perkhidmatan ujian kolestrol dan glukosa serta ujian air kencing.
PERUMAHAN
• Had pendapatan peminjam perseorangan bagi Skim Rumah Pertamaku dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM5,000 sebulan;
• had pendapatan bersama suami isteri RM10,000.
• nilai hartanah individu tidak lebih RM400,000.
• Peruntukkan RM1.9 bilion bagi membina 123,000 unit rumah pada harga berpatutan di kawasan strategik, dan akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Bhd dan Jabatan Perumahan Negara.
PELANCONGAN
• Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.
• RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.
KESELAMATAN/ JENAYAH
• RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.
• RM591 juta diperuntukkan bagi mengurangkan kadar jenayah termasuk menambah bilangan anggota polis, menubuhkan Unit Rondaan Bermotosikal, meningkatkan jumlah anggota pasukan sukarewalan polis dan menambah pemasangan kamera litar tertutup.
• Memberi geran RM10,000 kepada persatuan penduduk untuk menggalakkan aktiviti rondaan di kawasan kejiranan dan memperuntukkan RM90 juta untuk menyediakan seragam kepada anggota Rela yang aktif.
• RM276 diperuntukkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membanteras rasuah selain menambah 150 perjawatan setiap tahun sehingga mencapai 5,000 anggota.
PERTANIAN
• RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.
• RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
• RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.
• Empat kawasan jelapang padi baru dibuka dan diperluas iaitu di Kota Belud, Batang Lupar, Rompin dan Pekan. Pertambahan seluas 19,000 hektar dengan penyertaan 12,237 pesawah dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik dengan perbelanjaan sebanyak RM140 juta.
• RM2.4 bilion diperuntukkan bagi pemberian subsidi dan intensif pertanian. Bantuan ini termasuk RM480 juta bagi subsidi dan insentif padi yang merangkumi pemberian subsidi harga padi, RM465 juta pemberian subsidi baja padi, RM80 juta insentif peningkatan hasil padi, RM563 juta insentif pengeluaran harga padi, RM528 juta subsidi harga beras dan RM85 juta subsidi benih padi sah.
• Memperkenalkan Skim Perlindungan Takaful Padi kepada pengusaha sawah di bawah 10 hektar, yang dapat memanfaatkan 172,000 pesawah. Buat permulaan kerajaan memperuntukkan RM50 juta.
• RM41 juta diperuntukkan bagi projek Azam Tani bagi memberi manfaat kepada 6,730 peserta keluar daripada garis kemiskinan.
• RM230 juta diperuntukkan sebagai insentif tangkapan ikan dan bayaran elaun bantuan sara hidup nelayan. Pada masa ini kerajaan memberi elaun sara hidup RM200 sebulan kepada nelayan, menyediakan insentif pada kadar 10 sen hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan dan memperkenal skim perlindungan insuran nelayan.
• RM432 juta disediakan untuk program penanaman semula pokok kelapa sawit di bawah NKEA sector perladangan.
• Pengurangan subsidi gula 20 sen sekilogram mulai 29 Sept 2012 dan
memperuntukkan RM1.5 bilion bagi menstabilkan harga minyak masak di pasaran.
PENDIDIKAN
• RM38.7 diperuntukkan kepada Kementerian Pelajaran meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.
• Peruntukkan tambahan RM500 juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni Bahasa Kebangsaan, bahasa Inggeris, sains dan matermatik melalui pendekatan "Higher Order Thinking Skills".
• Tambahan RM1 bilion lagi kepada Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, penyelenggaraan, pembelian peralatan dan pembinaan blok tambahan.
• RM1.2 bilion diperuntukkan bagi pendidikan prasekolah termasuk kepada Jabatan Kemajuan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, PERMATA dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
• Kerajaan mencadangkan geran pelancaran RM10,000 kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak (ECCE) swasta untuk membantu mereka membuka taska baru yang berkualiti. Dianggarkan 1,000 ECCE swasta baru akan mendapat manfaat.
• Kerajaan akan melaksanakan projek perintis taska Orang Kurang Upaya (OKU) bagi enam kategori kanak-kanak OKU yang merangkumi sindrom down, autisme, penglihatan, pekak dan bisu, fizikal dan OKU masalah pembelajaran.
• RM3.7 bilion diperuntukkan untuk melatih pelajar dalam bidang teknikal dan vokasional.
• RM200 juta diperuntukkan untuk penubuhan “Graduate Employability Taskforce” untuk memperkukuhkan kebolehpasaran graduan.
• RM50 juta diperuntukkan untuk melatih 3,200 pelajar masyarakat India bagi memperlengkapkan mereka dengan kemahiran.
• Pengusaha bas sekolah yang membeli bas baru untuk mengantikan bas yang berusia lebih 25 tahun akan diberi rebat tunai RM10,000 dan subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman.
• Skim perlindungan insurans kemalangan diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit dengan had maksimum perlindungan RM100,000.
KAKITANGAN KERAJAAN
• Pelarasan pencen pesara kerajaan dengan menaikkan pencen minimum daripada RM720 kepada RM820 berkuatkuasa 1 Jan 2012.
• Kelayakan masuk bagi pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditingkatkan kepada Ijazah Sarjana Muda Kepujian dan bagi askar laskar, kelayakan masuk minimum ditingkatkan ke peringkat SPM dan diploma.
• Pemberian sumbangan RM1,000 secara “one-off” kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera akan mendapat manfaat.
• Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula di mana panel bank komersial dilantik untuk menguruskan pinjaman berkuat kuasa Jan 2013, manakala wang proses bagi permohonan ditetapkan pada kadar RM100.
• Tambahan bonus sebulan gaji bagi penjawat awam yang mana bayaran pertama akan dibuat pada Dis 2012, manakala sebulan lagi pada Jan 2013 dan bayaran RM500 kepada pesara kerajaan.
PELAJAR/ BELIA
• Diskaun 20 peratus bagi peminjam yang menyelesaikan sekali gus pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), manakala peminjam yang membayar pinjaman secara konsisten akan menikmati diskaun 10 peratus setahun.
• Memberi rebat RM200 secara “one-off” bagi pembelian satu unit telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun.
• RM2.6 bilion diperuntukkan bagi program kebajikan pelajar sekolah daripada keluarga berpendapatan rendah merangkumi bantuan makanan asrama, Rancangan Makanan Tambahan, pembelian buku teks dan bantuan bayaran tambahan persekolahan.
• Program bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah diteruskan mulai Jan 2013 dengan peruntukan RM540 juta.
• Meneruskan program Baucar Buku 1Malaysia kepada pelajar institusi pengajian tinggi dan pra-universiti dan nilai baucar dinaikkan daripada RM200 kepada RM250.
WANITA
• RM50 juta diperuntukkan untuk program pembangunan wanita dan masyarakat termasuk melatih 500 wanita di bawah Program Pengarah Wanita, meningkatkan Program Inkubator Keusahawan Ibu Tunggal, pemberian geran RM1,000 untuk “Program Get Malaysian Business Online” dan pemeriksaan percuma ujian Mamogram.
KEBAJIKAN/ PERKHIDMATAN
• Pengurangan caj bayaran pasport sebanyak 50 peratus daripada RM300 kepada RM150 untuk tempoh sah laku lima tahun bagi warga emas dan kanak-kanak.
• RM1.2 bilion diperuntukkan untuk program Kebajikan Rakyat 1Malaysia KAR1SMA) yang meliputi program bantuan warga emas, bantuan kanak-kanak, elaun pekerja Orang Kurang Upaya serta bantuan penyakit kronik.
• RM400 juta diperuntukkan untuk program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang dijangka memanfaatkan 58,330 peserta.
• Menambah enam pusat Anjung Singgah dan mewujudkan lima Anjung Kasih di Hospital Sibu, Miri, Temerloh, Seremban dan Ipoh.
• Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Ia juga diperluaskan kepada individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan.
• RM386 juta diperuntukkan bagi membuka 57 Kedai Rakyat 1Malaysia dan menanggung kos pengangkutan produk dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
• Menambah peruntukan geran Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan sebanyak RM20 juta.
• Pencarum KWSP dibenarkan membuat pengeluaran di Akaun 2 bagi jemaah muassasah untuk menampung kekurangan kos tambang dengan had pengeluaran RM3,000.
• 100 Pusat Internet 1Malaysia akan diwujudkan di kawasan perumahan rakyat bagi tempoh 2013 hingga 2015 dengan peruntukan RM150 juta.
KEMAHIRAN/ LATIHAN
• RM738 juta Ringgit diperuntukkan bagi pembangunan belia dan sukan. RM15 juta diperuntukkan bagi mempersiapkan para atlet ke kejohanan sukan antarabangsa, RM50 juta lagi untuk tempoh empat tahun khusus untuk persiapan Sukan Olimpik Rio 2016.
• RM50 juta diperuntukkan bagi mewujudkan “New Entrepreneur Foundation” untuk membantu usahawan muda dalam bidang ICT dan RM50 juta lagi untuk mewujudkan “Young Entrepreneur Fund”.
TRANSFORMASI LUAR BANDAR/ PERDALAMAN
• Kerajaan akan menubuhkan “National Strategic Coordination Unit” untuk merancang dan menyelaras Program Transformasi Bandar dan Program Transformasi Luar Bandar.
• Pusat Transformasi Bandar (UTC) akan diwujudkan di Alor Setar, Kuantan, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu dan Kuching, manakala lima RTC diwujudkan di Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
• RM4.5 bilion diperuntukkan bagi mengurangkan jurang pembangunan antara Bandar dan luar bandar meliputi pembinaan 441 kilometer jalan luar bandar dan jalan perhubungan desa, projek infrastruktur utiliti, Program Desa Lestari, program pembangunan ekonomi masyarakat Orang Asli serta membekalkan 40,000 tangki air di kawasan pedalam Sabah dan Sarawak.
Astro Awani
Wed Oct 16 2013
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Pembinaan akademi badminton alami kelewatan
Akademi Badminton Kebangsaan, yang menjadi sebahagian daripada Bajet 2013 turut mengalami nasib sama Velodrom Nasional Malaysia ekoran masalah teknikal dan lewat hampir setahun daripada jadual asal.
Bajet 2013, Bajet untuk rakyat
Sorotan Bajet 2013
Bajet 2013 - Hasil & Perbelanjaan
Hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
Sorotan Bajet 2013
Sorotan Bajet 2013
Peniaga telefon catat lonjakan jualan telefon pintar
Para pengedar telefon dan penyedia telekomunikasi mengalami lonjakan jualan yang besar selepas kerajaan memutuskan untuk memberikan rebat RM200.
5,500 belia mendaftar untuk rebat telefon pintar
Hampir 5,500 belia, berumur 21 hingga 30 tahun, telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.
Pendaftaran rebet telefon pintar bermula Selasa - SKMM
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
Bayaran RM1,000 untuk veteran tentera dibuat Januari
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen mengisi borang SVTB1M yang diedar sejak 1 Nov.
Teruja tunggu rebat telefon pintar
Golongan belia kini mula meninjau telefon pintar di pasaran sementara menunggu pelaksanaan rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih 3G yang diumum kerajaan pada September lepas.
Rebat telefon pintar dilaksana Januari tahun depan
Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Jan depan.