awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2018 : Bantuan bulanan untuk kolej komuniti

Ayu Dewy Puspa
Ayu Dewy Puspa
23/10/2017
23:15 MYT
Bajet 2018 : Bantuan bulanan untuk kolej komuniti
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM, Prof Madya Dr Madeline Berma (kiri) bercakap kepada wakil Astro AWANI dalam satu temubual baru-baru ini. - Astro AWANI
Terdapat banyak perkara yang menjadi harapan rakyat dalam Pembentangan Bajet 2018 Jumaat ini, antaranya termasuk bantuan kewangan untuk institusi kemahiran seperti kolej komuniti.
Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Madeline Berma berkata, kerajaan perlu memperbanyakkan dan mempermudahkan bantuan untuk institusi pendidikan tersebut.
Antara yang boleh dilakukan, katanya, ialah dengan memberi bantuan kewangan RM100 sebulan kepada golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan.
Latihan yang diperolehi di kolej komuniti mampu melahirkan pekerja berkemahiran tinggi dan mengurangkan kebergantungan kerajaan terhadap tenaga kerja asing.
Dalam perkembangan sama, Madeline menyatakan, sempena pembentangan Bajet 2018 nanti, taraf pengangkutan awam diharap dapat dipertingkatkan memandangkan ia kini menjadi keperluan utama rakyat.
Madeline turut berharap Bajet 2018 akan memberi insentif seperti kad diskaun kesetiaan kepada pengguna pengangkutan awam dengan isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Dengan insentif ini, ia seterusnya dapat membantu mengurangkan perbelanjaan isi rumah bagi kelompok B40 ini.
Untuk mengetahui sama ada harapan anda dalam Bajet 2018 ini akan dipenuhi, ikuti pembentangan Bajet 2018 di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com 27 Oktober ini.
Ketahui semua tentang Bajet 2018 di sini.
Topic Berkaitan
#Bajet 2018
#Budget 2018
#ekonomi
#kolej komuniti
#Madeline Berma
#Najib Razak
#pendidikan
#UKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan