awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perutusan Tahun Baharu PM: Apa hala tuju Malaysia?
Lapangan terbang Moscow ditutup akibat ancaman dron Ukraine
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan

Astro Awani
Astro Awani
13/10/2021
04:20 MYT
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Data yang tepat akan membolehkan program bantuan berkesan dirangka bagi menangani masalah kemiskinan dalam kalangan golongan sasar. Gambar hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu melabur dalam usaha untuk mengumpul statistik yang tepat dalam menentukan jurang dan kadar kemisikinan dalam kalangan rakyat.
Jelas Pakar Ekonomi, Profesor Datuk Barjoyai Bardai, data yang tepat akan membolehkan program bantuan berkesan dirangka bagi menangani masalah berkenaan.
Jelasnya, ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang menggabungkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
“Saya rasa kita perlu melabur dalam usaha untuk mengumpul statistik yang tepat, sebab selama ini kita selalu bergantung kepada angka purata, ini bahaya sebab kita campur orang yang berpendapatan tinggi dan rendah.
“Kita perlukan angka yang lebih tepat, kita nak tahu berapa orang yang miskin, semua latar belakang mereka juga perlu dikenal pasti, kemudian kita boleh tangani masalah ini secara khusus.
“Di Malaysia perbelanjaan sosial atau social expenditure sangat kecil iaitu kurang daripada lima peratus, berbanding Jepun sehingga 20 peratus, jadi kita perlu melabur,” katanya kepada Astro AWANI.
Bajet 2022 | Memahami realiti baharu hidup rakyat
Dia turut berpendapat perlu wujudkan satu tabung endowment untuk tangani perbelanjaan sosial bagi membantu kumpulan yang sangat terjejas.
Dalam pada itu, beliau berpendapat gaji minima di negara ini tidak boleh dinaikkan kerana ia akan memudaratkan bukan sahaja perniagaan besar malah, perniagaan kecil dan mikro juga.
“Kita tidak boleh naikkan gaji minima, gaji minima RM1,200 pun majikan mengeluh, sekiranya ia dinaikkan kepada RM2,000 ia bukan sahaja akan menyebabkan perniagaan besar yang akan tutup, malah kecil dan mikro yang menggaji pekerja juga akan tutup.
“Cara lebih baik adalah tangani setiap kumpulan ini dengan tingkatkan pendapatan mereka contohnya, kita perlu memupuk kumpulan berpendapatn RM2,000 ke bawah untuk cari pendapatan sampingan.
“Mereka perlu ada sumber pendapatan lain dan tidak boleh berharap kepada gaji semata-mata,” ujarnya.
Inisiatif ini antara cadangan yang disuarakan oleh beliau bagi penambahbaikan Bajet 2022 sebagai usaha untuk membawa rakyat Malaysia keluar dari bawah garis kemiskinan.
Topic Berkaitan
#bajet 2022
#ekonomi
#jurang kemiskinan
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan