awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup pada paras 3.96 berbanding dolar AS untuk kali pertama sejak 2018
Persempadanan darat Malaysia-Indonesia masih dalam rundingan
Remaja perempuan cedera parah jatuh kondominium
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2022: KPM terima peruntukan terbesar, kerajaan sedia Bantuan Awal Persekolahan RM150

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
29/10/2021
08:51 MYT
Bajet 2022: KPM terima peruntukan terbesar, kerajaan sedia Bantuan Awal Persekolahan RM150
Kerajaan bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak, kata Tengku Zafrul. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terus menerima peruntukan terbesar iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Persekutuan dalam Bajet 2022.
Sementara itu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pula diperuntukkan sejumlah RM14.5 bilion.
Menteri Kewangan, Tengku Zatuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, kerajaan juga bersetuju menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 bagi meringankan beban ibu bapa menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.
"Sejumlah RM450 juta diperuntukan yang dijangka memanfaatkan tiga juta murid yang layak.
"Dengan sekolah mula dibuka, suasana pembelajaran yang kondusif buat anak-anak akan terus diberi perhatian.
"Pada tahun hadapan, sejumlah RM1 bilion disediakan untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah.
"Peruntukan ini juga termasuk RM140 juta kepada JAKIM bagi menyelenggara antaranya sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar iaitu meningkat berbanding RM100 juta pada tahun 2021," katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.
Tengku Zafrul menambah peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10 ribu sekolah di bawah KPM akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam.
"Bagi 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan juga Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.
"Di samping itu, pada tahun hadapan juga, kerajaan akan terus menaik taraf sekolah-sekolah daif dengan peruntukan dinaikkan kepada RM746 juta.
"Sebilangan besar peruntukan ini adalah untuk menaik taraf sekolah daif dengan 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak," ujarnya lagi.
Bagi memperkasa agenda pendidikan khas pula, beliau berkata kerajaan menyediakan RM50 juta antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.
Selain itu, sebanyak lapan buah blok baharu pendidikan khas turut dibina, antaranya di SMK Tuanku Lailatul Shahreen di Perlis dan SMK Agama Alor Gajah di Melaka, tambah Tengku Zafrul.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#bajet 2022
#Tengku Zafrul
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan