GEORGE TOWN: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berharap Bajet 2023 yang dijadual dibentangkan pada 7 Oktober depan dapat membantu kementerian itu merancakkan lagi pembangunan industri makanan negara.
Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, MAFI memerlukan peruntukan bagi melaksanakan pelbagai tanggungjawab dan memperbanyakkan program termasuk memodenkan sektor pertanian negara demi memastikan bekalan makanan negara terus mencukupi.
Justeru katanya, wajarlah kementerian kewangan memberi keutamaan seterusnya menambah peruntukan kepada MAFI yang merupakan kementerian penting dalam memastikan keselamatan bekalan makanan negara.
"Pelbagai program secara berterusan dan program baru direncanakan kementerian bagi memastikan kerancakan bekalan negara akan sentiasa diberi keutamaan kerajaan.
"Beberapa pendekatan baru seperti yang saya katakan, antaranya penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun, dan juga pemodenan dalam sektor pertanian, semuanya bagi memastikan kelangsungan bekalan makanan terjamin.
"Oleh itu MAFI memerlukan dana yang berterusan dari kerajaan, jadi MAFI mengharapkan kementerian kewangan melihat ini sebagai sesuatu yang perlu diberi keutamaan, dan kita memohon agar bajet tahunan MAFI akan ditingkatkan," katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas perasmian majlis Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri Pulau Pinang kali ke-48 di Penang Golf Resort, Bertam, Pulau Pinang pada Khamis.
Bajet 2023 dijangka akan dibentangkan pada 7 Oktober depan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Sep 08 2022
Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Ronald Kiandee ketika menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Pulau Pinang Kali Ke-48 hari ini. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PN nafi pujuk BN bentuk kerajaan baharu
Ronald Kiandee berkata, PN menolak dakwaan bahawa gabungan itu mempunyai kaitan dalam usaha memujuk BN keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Saya terima apa juga keputusan - Faizal Azumu
Faizal Azumu bersedia menerima apa sahaja keputusan terhadap pertandingan merebut jawatan Naib Presiden parti itu yang ditandinginya.
Kerajaan guna PADU bagi keperluan fungsian dibangunkan pelbagai agensi - Rafizi
Kerajaan akan menggunakan sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi pelbagai keperluan fungsian yang dibangunkan oleh pelbagai agensi.
Speaker sah terima notis daripada Bersatu, status dimaklum dalam 21 hari
Yang DiPertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengesahkan telah menerima notis daripada Parti Bersatu berhubung arahan untuk mengosongkan kerusi enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong PM.
Speaker tak buat keputusan, kedudukan kami masih di blok pembangkang - MP Labuan
Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman mengesahkan kedudukannya dan lima lagi Ahli Parlimen Perikatan Nasional masih di blok pembangkang.
Bersatu serah notis kekosongan enam kerusi kepada Speaker Dewan Rakyat
Notis pemakluman kekosongan kerusi membabitkan enam Ahli Parlimen Bersatu telah diserah dan diterima pejabat Speaker Dewan Rakyat.
Hasrat Pas tanding kerusi Bersatu akan dibawa ke mesyuarat PN
Ronald Kiandee berkata, mesyuarat kepimpinan tertinggi PN akan diadakan dalam masa terdekat.
Beras Putih Madani: Kenyataan MP Bukit Gantang janggal, tidak patuhi perundangan - Ronald
Ronald berkata, task force tidak membuat keputusan namun hanya memberi cadangan kepada Jawatankuasa Pemandu, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri.
Tindakan papar nama ahli Parlimen 'ponteng' memalukan - Ronald
Ronald Kiandee menyelar tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat, yang mencadangkan untuk memaparkan nama ahli Parlimen yang ponteng sidang Parlimen di laman web Dewan Rakyat.
Kekecohan di KLIA: 'Ganggu penjawat awam, ambil tindakan terhadap Menteri MOTAC' - Ronald
Walaupun King Sing mempunyai pas khas, namun perbuatan itu adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.