awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
Polis tahan tiga lelaki miliki pelbagai spesies kura-kura
Belia terperangkap dalam ‘survival mode’, kurang impak kepada ekonomi digital – Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bajet 2023: 'RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan' - Tengku Zafrul

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/10/2022
09:40 MYT
Bajet 2023: 'RM500 Inisiatif Cahaya Mata, sempat lagi tambah zuriat tahun depan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023. - Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Pemberian sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang melahirkan anak pada tahun 2023.
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 berkata, bantuan itu disediakan di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia dengan peruntukan sebanyak RM150 juta.
"Bagi meningkatkan kadar kelahiran dan pada masa yang sama mengurangkan masalah kanak-kanak bantut, di bawah inisiatif Cahaya Mata Keluarga Malaysia, ibu dari isi rumah penerima BKM yang melahirkan anak pada 2023 akan diberikan bantuan RM500 secara one-off.
"Jadi saya rasa masih sempat lagilah untuk mengambil peluang untuk mendapatkan zuriat pada tahun depan, tapi kenalah ingat bantuan ini hanyalah untuk ibu dan bukalah kepada bapa," katanya berseloroh di sini, pada Jumaat. ,
Menurut Tengku Zafrul lagi, perangkaan kesuburan pada tahun 1970 adalah 4.9 bayi bagi setiap wanita.
Namun katanya, angka itu jatuh ke tahap terendah dengan 1.7 bayi.
"Sementara itu, kanak-kanak dari keluarga susah khususnya berdepan dengab masalah permakanan sehingga menganggu tumbesaran mereka lebih-lebih lagi sejak COVID-19 melanda.
Topic Berkaitan
#Bajet 2023
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#Cahaya Mata Keluarga Malaysia
#Bantuan Keluarga Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan