KUALA LUMPUR: Tiga persatuan mewakili industri perbankan tempatan menyokong penuh lima langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
Langkah-langkah penting itu diumumkan oleh gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos pada pelancaran Pameran Jenayah Kewangan semalam (26 September).
Dalam satu kenyataan bersama hari ini, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM), Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan (ADFIM) berkata industri perbankan mengakui bahawa pelaksanaan langkah-langkah ini mungkin membawa perubahan dalam pengalaman perbankan dalam talian dan harapan pelanggan.
"Urus niaga perbankan dalam talian mungkin akan mengambil tempoh yang lebih lama disebabkan langkah keselamatan dan semakan tambahan.
"Sehubungan itu, kami memohon kesabaran dan pemahaman pelanggan mengenai kelewatan dan kesulitan yang dijangka akan berlaku apabila langkah ini dilaksanakan. Bagaimanapun, langkah-langkah adalah penting untuk keselamatan tambahan pelanggan bank," katanya.
Mereka juga berkata bahawa bank-bank juga komited untuk memastikan komunikasi yang betul dengan pelanggan berhubung dengan langkah di atas termasuk tarikh pelaksanaan untuk pelbagai langkah, sebarang perubahan kepada proses dan tindakan yang diperlukan oleh pelanggan dan pelbagai butiran lain untuk mendapatkan bantuan.
Lima langkah utama termasuk bertukar daripada penggunaan kata laluan satu kali SMS (OTP) kepada kaedah pengesahan yang lebih selamat seperti melalui perisian pengesahan pelbagai faktor yang selamat atau token perkakasan untuk urus niaga tertentu.
Urus niaga ini termasuk pemindahan dana dan pembayaran, perubahan maklumat peribadi dan tetapan akaun.
Langkah lain termasuk mengetatkan peraturan pengesanan penipuan bank dan tindakan untuk menyekat urus niaga yang mencurigakan, pengesahan dan tempoh bertenang untuk pendaftaran kali pertama perkhidmatan e-perbankan atau peranti selamat serta mengehadkan pengesahan urus niaga perbankan elektronik kepada satu peranti mudah alih atau peranti selamat bagi setiap pemegang akaun.
Akhir sekali, bank juga akan mempunyai saluran/talian aduan khusus yang beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu untuk pelanggan melaporkan insiden atau mensyaki berlaku penipuan, katanya.
Persatuan-persatuan bank itu juga mengingatkan pelanggan supaya sentiasa berwaspada pada setiap masa semasa melakukan urus niaga dalam talian termasuk mengikuti panduan keselamatan perbankan dalam talian.
Mereka menggesa pelanggan untuk tidak memuat turun sebarang fail pemasangan (fail APK) pada peranti mereka dan hanya memuat turun aplikasi daripada gedung aplikasi tulen, memastikan imej dan/atau frasa keselamatan perbankan dalam talian mereka dipaparkan dengan betul pada skrin sebelum log masuk dan tidak klik pada pautan yang dihantar melalui mesej sembang seperti SMS, WhatsApp, Messenger atau perkhidmatan lain yang serupa.
ABM, AIBIM dan ADFIM berkata mereka juga mengalu-alukan langkah untuk meningkatkan lagi Pusat Respons Scam (Penipuan) Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai platform perkongsian maklumat yang lebih sistematik, membolehkan tindakan lebih pantas untuk mengelakkan kerugian.
Pemegang akaun yang menghadapi urus niaga mencurigakan melibatkan akaun bank mereka dinasihatkan supaya memaklumkan bank mereka dengan segera, menghubungi Pusat Respons Penipuan CCID di talian 03-26101559/1599 dan membuat laporan polis untuk memudahkan siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Langkah-langkah penting itu diumumkan oleh gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunos pada pelancaran Pameran Jenayah Kewangan semalam (26 September). - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Pendekatan berhemah, waspada perlu dalam kes babitkan wartawan Bloomberg - Johan Jaaffar
Tan Sri Johan Jaaffar menggesa pihak polis untuk mengambil pendekatan berhemah, penuh waspada dan penuh pemahaman dalam mengendalikan kes membabitkan seorang wartawan Bloomberg, Ram Anand.
Filipina, AS tembak 'tentera penceroboh' dalam latihan di Laut China Selatan
Tentera Amerika Syarikat dan Filipina melepaskan tembakan peluru berpandu dan artileri ke arah pasukan 'tentera penceroboh' dalam latihan perang di pantai utara Filipina pada Isnin.
Rakaman dashcam puting beliung di Nebraska
Visual yang anda saksikan tadi adalah rakaman video kamera papan pemuka (dashcam) yang menunjukkan detik puting beliung di Nebraska pada 26 April lalu.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Rakaman itu menunjukkan puting beliung dahsyat itu memusnahkan bangunan di Lincoln di Nebraska.
Kenakan sekatan, hanti eksport senjata ke Israel - OIC
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengecam 'pembunuhan beramai-ramai' di Gaza dan menggesa 57 negara anggotanya mengenakan sekatan ke atas Israel dalam resolusi yang diterima pakai pada penghujung sidang kemuncaknya di Gambia pada 5 Mei.
Qantas Airways sedia bayar penalti 100 juta dolar Australia
Qantas Airways berkata pada Isnin bersetuju untuk membayar penalti sebanyak A$100 juta dolar Australia untuk menyelesaikan tuntutan mahkamah susulan kes menjual tiket yang telah dibatalkan.
Putin angkat sumpah untuk penggal kelima pada selasa
Majlis itu yang dijadualkan berlangsung di Kremlin, menandakan permulaan penggal selama enam tahun untuk pentadbiran Putin yang memenangi 87 peratus undi semasa Pilihan Raya Presiden yang berlangsung pada Mac.
Faisal kini dirawat di ICU, perlu jalani beberapa pembedahan
Pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim, kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) susulan kejadian disimbah asid di sebuah pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya.
Jemaah wanita dinasihat kurangkan pergerakan jika disahkan hamil
Ada nasihat siberikan Pengarah Operasi Madinah (Perubatan) Dr Mahyin Kudong kepada jemaah haji wanita yang disahkan hamil semasa musim haji baik sebelum atau selepas tiba di Tanah Suci.
Anak akan rindu nyanyian 'live' Hail Amir
Ridauddin Daud, Wartawan Astro AWANI
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan minggu lalu.
Jangan leka, jenayah penipuan kewangan masih berleluasa
Kes jenayah penipuan kewangan meningkat sebanyak 37 peratus kepada 32,366 kes dalam tempoh Januari hingga November tahun ini.
Pakar ekonomi jangka kadar dividen KWSP lebih baik pada 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengagihkan kadar dividen lebih tinggi bagi 2023 sekiranya keadaan pasaran terus positif atau bertambah baik pada separuh kedua 2023.
Institusi kewangan laksana langkah BNM perangi penipuan kewangan
Industri perbankan komited untuk mengambil pendekatan holistik ke arah menangani penipuan kewangan.
Bajet 2023 mengimbangi keperluan dalam pertumbuhan domestik, memastikan fiskal berhemah
Bajet itu juga meletakkan asas untuk pembaharuan fiskal, bermula dengan peralihan kepada subsidi yang disasarkan.
Bank akan laksanakan lima langkah utama BNM untuk tangani penipuan kewangan
Tiga persatuan mewakili industri perbankan tempatan menyokong penuh lima langkah utama untuk memerangi penipuan kewangan seperti yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia.
BNM tingkat kerjasama dengan bank dan agensi penguatkuasaan banteras penipu kewangan
Risiko penipuan sentiasa berubah-ubah berikutan penipu terus menggunakan kaedah yang lebih canggih bagi menipu orang ramai.
Aduan penipuan internet, telefon isu paling kerap diterima BNMTELELINK pada 2021
Aduan mengenai penipuan kewangan, terutamanya penipuan melalui internet dan telefon serta penipuan berkaitan pelaburan merupakan antara lima isu yang paling kerap diajukan oleh orang ramai melalui BNM