KUALA LUMPUR: Semua bank berlesen dikehendaki menerapkan standard keselamatan yang tinggi, terutamanya untuk perkhidmatan perbankan Internet serta mudah alih, antaranya seperti semakan keselamatan dan khidmat nasihat secara berkala yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kepada institusi kewangan.
Nasihat tersebut termasuk keperluan untuk meningkatkan kawalan sedia ada dan memastikan perlindungan yang mencukupi terhadap ancaman terkini, sambil mengekalkan perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan.
"Risiko penipuan sentiasa berubah-ubah berikutan penipu terus menggunakan kaedah yang lebih canggih bagi menipu orang ramai.
"Kaedah ini termasuk pendekatan baharu untuk memperdaya pemegang akaun bank supaya mendedahkan butiran perbankan mereka atau memasukkan perisian hasad ke dalam peranti mereka," menurut BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh itu, industri kewangan dan pihak berkuasa perlu sentiasa berwaspada terhadap modus operandi yang terkini. BNM terus bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta industri kewangan dalam menyelaraskan usaha membanteras pemalsuan serta penipuan kewangan dan mewujudkan kesedaran orang ramai yang lebih meluas tentang taktik penipuan terbaharu.
Di samping memastikan langkah-langkah pencegahan yang lebih berkesan oleh institusi kewangan, usaha-usaha ini juga memberikan sokongan pada tindakan mendapatkan semula dana yang telah diselewengkan serta siasatan yang tepat pada masa dan berkesan oleh agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan.
Orang ramai dinasihati untuk melindungi maklumat peribadi mereka dan lebih berwaspada semasa memuat turun fail atau aplikasi daripada sumber yang tidak disahkan ke dalam peranti mudah alih.
Pengguna perkhidmatan kewangan juga memainkan peranan yang penting untuk terus peka dengan ancaman baharu melalui makluman yang dikeluarkan oleh institusi kewangan, BNM dan pihak berkuasa lain selain mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri sendiri.
Maklumat tentang ancaman terkini dan langkah-langkah yang boleh diambil oleh individu bagi melindungi diri terhadap ancaman yang berubah-ubah boleh didapati daripada halaman Amaran Scam di Facebook pada https://www.facebook.com/amaranpenipuan/.
Para pemegang akaun yang mendapati wujudnya transaksi meragukan yang melibatkan akaun bank mereka perlu segera:
1. Memaklumkan kepada bank mereka;
2. Menghubungi talian yang berikut:
a. Scam Response Centre Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (CCID) melalui nombor 03-2610 1559/1599 atau BNMTELELINK melalui talian 1-300-88-5465.
Tindakan ini akan memudahkan pengambilan langkah-langkah segera oleh CCID dengan kerjasama BNM dan bank-bank bagi membantu melindungi akaun-akaun yang terjejas.
3. Membuat laporan polis untuk memudahkan siasatan.
Bagi kes transaksi tanpa kebenaran, BNM menghendaki semua bank berlesen memastikan komunikasi dilakukan dengan betul serta bantuan penyelesaian yang adil diberikan kepada pelanggan yang telah mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melindungi diri mereka dan tidak melakukan penipuan.
"Semua bank telah diberikan peringatan supaya memberikan bantuan dan maklumat yang sewajarnya kepada para pelanggan yang terjejas dalam usaha melindungi akaun mereka dan status penyiasatan oleh bank-bank," kata BNM lagi.
BNM juga akan mengambil tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan yang bersesuaian bagi kes bank-bank yang tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya bagi melindungi pelanggan mereka atau gagal mematuhi peraturan yang berkaitan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Menurut BNM, risiko penipuan sentiasa berubah-ubah berikutan penipu terus menggunakan kaedah yang lebih canggih bagi menipu orang ramai. - Gambar fail/BERNAMA
Imigresen tahan 49 warga asing tiada dokumen sah, tinggal lebih masa
Jabatan Imigresen Perlis menahan 49 warga asing yang dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan tinggal lebih masa di negara ini.
MCE labur RM200 juta bina kemudahan di Serendah
MCE Holdings Bhd (MCE) akan melabur sekitar RM150 hingga RM200 juta dalam tempoh 10 tahun untuk membangunkan kemudahan baharu
ERL hantar 20 petugas bantu operasi Makkah Metro
Seramai 20 petugas berpengalaman Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dihantar ke Arab Saudi bagi menyokong operasi perkhidmatan tren Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro atau lebih dikenali Makkah Metro.
RM30 juta untuk pembangunan semula sekolah daif SK Tamu Darat - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM30 juta untuk membangunkan semula Sekolah Kebangsaan (SK) Tamu Darat di sini yang merupakan antara sekolah daif di negeri ini.
Rasuah: Hukuman penjara bekas ketua balai polis diganti dengan denda RM10,000
Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman penjara dua bulan yang dijatuhkan ke atas bekas ketua balai polis bagi kesalahan menerima rasuah dan menggantikannya dengan denda RM10,000.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
AWANI Ringkas: Kes lelaki Israel miliki senjata api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Saya masih setia dengan UMNO, kritikan hanya untuk bangkitkan semangat parti - Tengku Zafrul
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menegaskan beliau masih lagi setia bersama parti itu walaupun pernah mengkritik kepemimpinan UMNO Selangor sebelum ini.
AWANI Tonight: How will Iran-Israel situation evolve after tit-for-tat attacks?
Iranian officials and media are playing down the Israeli attack on Isfahan, saying it was limited to three small drones. Analyst Jonathan Lord discusses the Iranian response as concerns grow over a possible war with Israel.
AWANI Tonight: India: voters head to polls in world's biggest election
India’s 2024 general election kicks of today with over 969 million eligible voters. Rahul Mishra from Jawaharlal Nehru University shares what to expect as voters head to polls in the world’s biggest election. India, election, Narendra Modi, Rahul Mishra
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
BNM dijangka kekalkan OPR tidak berubah sepanjang 2024 - BMI
BMI berkata terdapat dua alasan yang menyokong pandangannya bahawa BNM akan mengekalkan kadar pada mesyuarat seterusnya pada 9 Mei 2024.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Malaysia dijangka catat KDNK 4-5 peratus pada 2024 - Bank Negara
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2024.
BNM mungkin kekalkan OPR sepanjang 2024
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus sepanjang 2024.