KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar yang lebih sederhana sebanyak 4.3 peratus pada 2023 disokong oleh permintaan dalam negeri di tengah-tengah jangkaan kelembapan dalam permintaan luar, manakala pertumbuhan penggunaan swasta dijangka kekal kukuh, walaupun pada kadar yang lebih perlahan pada 6.3 peratus pada 2023 berbanding 11.3 peratus pada 2022, kata Kumpulan Bank Dunia.
Bank Dunia berkata pertumbuhan ekonomi disokong oleh peningkatan dalam keadaan pasaran buruh serta langkah sokongan pendapatan berterusan daripada kerajaan, dengan pelaburan diunjurkan meningkat sebanyak 4.4 peratus pada 2023 berbanding 6.8 peratus pada 2022, mencerminkan aliran berterusan pelaburan modal dalam sektor swasta dan awam.
"Sementara itu, inflasi diunjurkan menjadi sederhana kepada antara 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023 (2022: 3.3 peratus) memandangkan kekangan bekalan global berkurangan dan harga komoditi yang stabil.
"Sebagai ekonomi yang sangat terbuka, Malaysia akan terus menghadapi risiko besar yang tercetus daripada persekitaran luaran. Ini termasuk keadaan kewangan global yang lebih ketat, kelembapan yang lebih mendalam dalam ekonomi utama dan pencerobohan Rusia yang berpanjangan ke atas Ukraine, yang boleh menyebabkan kelembapan pertumbuhan global yang lebih teruk daripada jangkaan," kata kumpulan itu dalam Analisis Tinjauan Kemiskinan Makro mengikut Negara dan Unjuran untuk Dunia Membangun pada Jumaat.
Bank Dunia juga menghuraikan bahawa dari segi domestik, sumber utama risiko penurunan adalah berkaitan dengan ketidaktentuan dalam inflasi dan paras hutang yang agak tinggi, yang boleh membebankan permintaan dalam negeri.
"Melangkah ke hadapan, isi rumah miskin dan kurang berkemampuan yang paling terjejas oleh pandemik mungkin mengambil masa lebih lama untuk pulih, memerlukan semula program perlindungan sosial yang berkesan dan bersasar. Oleh itu, rancangan kerajaan untuk mengemas kini pendapatan garis kemiskinan dan indeks kemiskinan pelbagai dimensi adalah tepat pada masanya dan penting untuk memastikan langkah-langkah itu sepadan dengan taraf hidup semasa Malaysia," katanya.
Bank Dunia juga menekankan bahawa cabaran yang dihadapi oleh Malaysia termasuk ruang fiskal yang semakin sempit, kerana perbelanjaan tegar dalam gaji, pencen dan pembayaran faedah terus meningkat dan pada masa yang sama, hasil negara kekal dalam arah aliran menurun.
"Kerajaan membentangkan semula belanjawan yang disemak pada Februari 2023 selepas pentadbiran baharu mengambil alih berikutan pilihan raya umum. Dalam ucapan belanjawan, kerajaan baharu telah menyatakan bahawa ia menjangkakan defisit fiskal menurun kepada 5.0 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar daripada 5.6 peratus pada 2022.
"Kerajaan juga menyatakan bahawa ia merancang untuk membentangkan Akta Tanggungjawab Fiskal tahun ini. Walaupun tekanan inflasi keseluruhan kekal terkawal pada 3.3 peratus pada 2022 (2021: 2.5 peratus), harga makanan dan tenaga yang lebih tinggi telah menyumbang kepada peningkatan kebimbangan terhadap kos sara hidup yang lebih tinggi dan kekurangan makanan, terutamanya dalam isi rumah yang kurang berkemampuan.
Memetik anggaran daripada Organisasi Makanan dan Pertanian, kejadian kekurangan makanan yang teruk telah meningkat di Malaysia sejak 2016 dan antara 2019 dan 2021, kelaziman kekurangan makanan yang sederhana atau teruk ialah 15.4 peratus, bersamaan dengan lima juta orang. - BERNAMA
Bernama
Fri Mar 31 2023
Bank Dunia berkata pertumbuhan ekonomi disokong oleh peningkatan dalam keadaan pasaran buruh serta langkah sokongan pendapatan berterusan daripada kerajaan. - Gambar Astro AWANI
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
PKR tingkat jumlah perwakilan bagi 6 jawatan tertinggi parti
PKR meminda Perlembagaannya dengan meningkatkan jumlah perwakilan yang akan mengundi bagi enam jawatan tertinggi parti serta 20 anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP).
Pembangunan Malaysia perlu rangka pendekatan menyeluruh, mengikut konteks - Pakar ekonomi
Pakar ekonomi menyarankan keperluan untuk Malaysia menilai semula pendekatan pembangunan agar lebih menyeluruh dan mengikut konteks.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta, tingkatkan transformasi digital Filipina
Bank Dunia meluluskan pinjaman sebanyak US$750 juta pada Rabu untuk mempercepatkan transformasi digital di Filipina.
DAT percepat sasaran Malaysia capai status negara berpendapatan tinggi - Bank Dunia
Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.
Malaysia perlu lebih banyak pembaharuan fiskal untuk mantapkan ekonomi - Bank Dunia
Ekonomi Malaysia telah mengekalkan kekuatannya, hasil daripada gabungan pembaharuan domestik seperti rasionalisasi subsidi diesel dan rangsangan luar, menurut Bank Dunia.
Indonesia sasar jadi destinasi penempatan modal
Kerajaan Indonesia sedang melaksanakan inisiatif strategik untuk menubuhkan pejabat keluarga, entiti persendirian yang bertujuan menguruskan urusan perniagaan keluarga mewah, lapor Xinhua.
Bank Dunia lulus pinjaman US$750 juta untuk tingkatkan pemulihan Filipina
Bank Dunia pada Sabtu mengumumkan kelulusan pinjaman US$750 juta bagi mengukuhkan pemulihan ekonomi Filipina, lapor Xinhua.
KKM lancar kajian pemetaan penjagaan kesihatan fasa 1
Kajian itu menumpukan analisis komprehensif situasi penjagaan kesihatan di seluruh negara merangkumi aspek fasiliti kesihatan, peralatan dan sumber manusia.
Kestabilan politik bantu pemimpin Sarawak fokus kepada pembangunan - Abang Johari
Keadaan politik yang stabil menjadi antara ramuan utama yang membolehkan pemimpin di Sarawak memberikan tumpuan penuh kepada program pembangunan negeri itu.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).