awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
Kerjasama digital Malaysia-India mudahkan urusan rentas sempadan - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Muamalat lantik Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu

Bernama
Bernama
02/06/2020
21:08 MYT
Bank Muamalat lantik Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu
Tajuddin dilantik pengerusi baharu Bank Muamalat Malaysia berkuat kuasa Rabu. -Gambar fail
Bank Muamalat Malaysia Bhd melantik Datuk Seri Tajuddin Atan sebagai pengerusi baharu berkuat kuasa Rabu, menggantikan Tan Sri Mohd Munir Abdul Majid yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada Selasa.
Sebelum ini, Tajuddin berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Bursa Malaysia Bhd antara 2011 dan 2019, dan sebelum itu, beliau memegang jawatan kepimpinan di RHB Banking Group, Bank Pembangunan Malaysia Bhd dan Bank Simpanan Nasional.
Bagi mengumumkan pelantikan itu dalam kenyataan pada Selasa, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata di bawah kepimpinan Tajuddin sebagai pengerusi baharu, bank berhasrat untuk terus menawarkan budaya risiko pematuhan Syariah yang kukuh untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan Islam pilihan di negara ini.
"Kami mengucapkan terima kasih kepada Mohd Munir atas sumbangan dan khidmatnya yang amat berharga kepada bank terutamanya dalam menerajui pelaksanaan strategi baharu yang telah meletakkan Bank Muamalat di landasan yang tepat untuk mencapai prestasi mampan," katanya.
Bank Muamalat adalah 70 peratus milik DRB-Hicom Bhd dan 30 peratus oleh Khazanah Nasional Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Muamalat
#Bank Pembangunan
#Bank Simpanan Nasional
#pengerusi
#RHB Banking Group
#Tajuddin Atan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan