awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Negara Malaysia alu-alukan penggunaan Yuan

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
01/12/2015
09:30 MYT
Bank Negara Malaysia alu-alukan penggunaan Yuan
"Ia akan meyumbang kepada sistem monetari antarabangsa yang lebih stabil"
Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menyambut baik keputusan Dana Kewangan Antarabangsa, IMF untuk mengiktiraf mata wang Yuan sebagai mata wang rizab.
Tambahnya, langkah ini akan mengurangkan kebergantungan Malaysia kepada Dolar Amerika Syarikat.
Tambah beliau dengan penggunaan mata wang utama yang lain dalam dagangan antarabangsa, sistem monetari antarabangsa akan lebih stabil.
"Sudah pasti Dolar Amerika akan kekal sebagai mata wang dominan dunia. Tetapi dengan adanya matawang utama yang lain seperti Euro, Yen, Sterling dan Renminbi, ia merupakan satu perkembangan yang penting.
"Ia akan meyumbang kepada sistem monetari antarabangsa yang lebih stabil," kata Zeti.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas Persidangan Kemuncak Tenaga Kepemimpinan ICLIF Asia 2015 di Sasana Kijang.
Pada 23 November lepas, pemimpin Malaysia dan China mengumumkan Bank of China sebagai bank penjelasan Renmimbi di Kuala Lumpur dengan harapan meningkatkan lagi dagangan dalam mata wang tempatan.
Kedua negara turut mengalu-alukan kerjasama kewangan bagi menyokong pertumbuhan pelaburan dan pengaliran dana.
Sementara itu semasa ucaptama sidang ICLIF, Tan Sri Zeti Aziz berkata pemimpin perlu berdaya tahan dan menguruskan risiko dengan baik di tengah ekonomi yang mencabar.
"Kita harus berupaya untuk berdaya tahan. Kita harus berkerja keras bagi mencapai kejayaan semasa menghadapi krisis.
"Saya sentiasa bercakap tentang, ekonomi yang berdaya tahan dan sistem kewangan yang berdaya tahan. Tetapi ia bermula dari daya tahan individu" kata beliau.
Sidang Kemuncak Tenaga Kepemimpinan ICLIF Asia 2015 berlangsung selama dua hari bermula 1 Disember ke 2 Disember.
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#dolar Amerika Syarikat
#Gabenor
#IMF
#Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz
#yuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan