awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI

Bernama
Bernama
18/12/2023
06:56 MYT
Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI
BNM mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 UPSI. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
BNM dalam satu kenyataan hari ini berkata duit syiling peringatan ini akan dikeluarkan dalam dua denominasi, Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)
"Duit syiling berbentuk segi empat sama yang pertama di Malaysia ini diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan mempunyai berat 43 gram. Nilai muka duit syiling ini ialah RM10 dan akan dijual dengan harga RM440 sekeping.
"Duit syiling yang diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain ini mempunyai berat 8.5 gram. Dengan nilai muka sebanyak RM1, duit syiling in akan dijual dengan harga RM16.50 sekeping," katanya.
Sebanyak 1,000 keping telah ditempa untuk perak sterling manakala 5,000 keping ditempa untuk emas nordic.
Duit syiling peringatan ini juga tersedia dalam bentuk set 2 dalam 1 untuk jualan pada harga RM495.
Setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic.
Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian
Orang ramai boleh membuat tempahan menerusi pautan https://duit.bnm.gov.my/ mulai 11:00 pagi Isnin, 18 Disember 2023 hingga 11:00 malam, 1 Januari 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#syiling peringatan
#ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris
#UPSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan