BUSINESS
Bank Pembangunan Malaysia muktamadkan pengambilalihan EXIM Bank dan SME Bank

Bank Pembangunan Malaysia umum pengambilalihan saham EXIM Bank dan SME Bank aripada Menteri Kewangan (Diperbadankan).
KUALA LUMPUR: Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) hari ini mengumumkan pengambilalihan saham Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dan Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank) daripada Menteri Kewangan (Diperbadankan).
Ringkasan AI
- Bank Pembangunan Malaysia Berhad kini memiliki kedua-dua institusi tersebut, menjadikannya entiti lebih kukuh untuk menyokong pembangunan ekonomi negara.
- Kumpulan BPMB akan memperkasa mandatnya dengan menyalurkan modal kepada usahawan Bumiputera, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta transaksi perdagangan antarabangsa.
- Dengan tenaga kerja lebih 2,000 orang, BPMB akan melaksanakan strategi holistik bagi meningkatkan sinergi dan kecekapan kos, selari dengan dasar ekonomi negara seperti Kerangka Ekonomi Madani dan Pelan Induk Perindustrian Baharu.
'Dengan gabungan tenaga kerja sedia ada seramai lebih 2,000 orang, Kumpulan BPMB mampu meningkatkan kapasitinya untuk memberikan impak yang lebih hebat pada skala yang lebih besar.
"Kumpulan ini komited untuk mengekalkan tenaga kerja sepenuhnya dengan peranan kerja yangbermakna sekali gus mengiktiraf modal insan sebagai teras kepada usaha pembangunannegara," katanya.
Menerusi pengambilalihan ini, ketiga-tiga institusi berkenaan mempunyai kebolehan yang lebihkukuh untuk memperluas dan memperkasa mandat sedia ada dalam merapatkan jurang pembiayaan pembangunan negara.
BPMB berkata antara fokus utama termasuklah sokongan kepada usahawan Bumiputera, pembiayaan untuk perusahaan kecil sederhana (PKS), menggalakkan transaksi perdagangan masuk dan keluar, serta menyokong pertumbuhan mampan.
Secara kolektif, bagi tahun 2025, Kumpulan BPMB telah memperuntukkan RM8.3 bilion untuk pembangunan negara menerusi program-program strategik bersama.
"Pengambilalihan ini dijangka membawa sinergi daripada segi hasil dan kecekapan kosdalam jangka masa panjang bagi menyokong pertumbuhan perniagaan pelbagai skala diMalaysia," katanya.
Melangkah ke hadapan, kumpulan BPMB akan melaksanakan pelan penyepaduan holistik yang memanfaatkan kekuatan dan sumber setiap entiti untuk menyokong tiga segmen pasaran yang berbeza dengan berkesan.
Semasa pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan mengumumkan bahawa institusi kewangan pembangunan akan disusun semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank dan Exim Bank.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami