awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bas pelancongan amfibia memulakan perkhidmatan di Tokyo

AFP
AFP
17/03/2013
15:21 MYT
Bas pelancongan amfibia memulakan perkhidmatan di Tokyo
Bas pelancongan amfibia pertama Tokyo telah memulakan perkhidmatannya pada Ahad, membawa seramai 40 penumpang melalui bahagian timur rendah bandar itu dengan menggunakan jalan raya sebelum meneruskan perjalanan ke sungai Naka semasa program "Splash Tour Tokyo" selama 100 minit.
Kedua-dua bas yang digelar "Sky Ducks", memulakan perjalanan dari mercu tanda baru Tokyo, Skytree iaitu menara komunikasi tertinggi di dunia pada ketinggian 634 meter (2080 kaki).
Bas pelancongan amfibia yang sama seperti ini telah mula beroperasi di bandar barat Osaka dan beberapa kawasan pelancongan lain di Jepun.
10 bulan selepas Skytree dibuka kepada orang ramai, Tokyo akhirnya menyertai bandar-bandar utama di dunia yang lain dengan memulakan perkhidmatan bas ini.
Bagi orang dewasa, tiket boleh didapati pada harga 2,800 yen (RM90.76) seorang dan 1,400 yen (RM45.38) bagi kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Bas yang sepanjang 12 meter dan lebar 2.5 meter ini boleh bergerak selaju 100 kilometer sejam di atas darat dan 13 kilometer sejam di atas permukaan air.
Topic Berkaitan
#bas amfibia
#sky ducks
#Skytree
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan