awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batik Air terpilih sebagai pengendali laluan Kul-ISG, penerbangan bermula Oktober 2023 - Anwar

Bernama
Bernama
06/08/2023
02:50 MYT
Batik Air terpilih sebagai pengendali laluan Kul-ISG, penerbangan bermula Oktober 2023 - Anwar
Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan Kuala-Lumpur - Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG) dan penerbangan syarikat itu akan bermula pada Oktober tahun ini. - Foto fail/REUTERS
KUALA LUMPUR: Batik Air telah terpilih sebagai pengendali bagi laluan Kuala-Lumpur - Istanbul Sabiha Gocken International Airport (KUL-ISG) dan penerbangan syarikat itu akan bermula pada Oktober tahun ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini berikutan daripada komitmen pelaburan Malaysia Airport Holding Bhd sebanyak 200 juta pound Britain (1 British pound=RM5.78) di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen (ISGIA).
Beliau berkata demikian menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pagi ini selepas mengadakan pertemuan secara maya bersama Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan semalam (5 ogos).
Anwar turut ditemani Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Kadir.
Untuk rekod, jumlah perdagangan Malaysia dengan Turkiye pada tahun 2022 berjumlah AS$4.62 bilion (meningkat sebanyak 12.6 peratus) (AS$1=RM4.56).
Jumlah lebihan dagangan sebanyak AS$3.33 bilion dicatatkan apabila Turkiye mengimport minyak sawit dan produk pertanian berasaskan minyak sawit dari negara ini.
Anwar juga berkata, dalam sesi tersebut, Presiden Erdogan memberikan komitmen jelas bahawa beliau akan berkunjung ke Malaysia dalam masa terdekat bagi memenuhi undangannya untuk memperkukuhkan lagi hubungan kedua-dua negara.
"Saya dan Presiden Erdogan turut bersetuju untuk bersemuka semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di New York bulan depan," katanya.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batik Air
#Kuala-Lumpur - Istanbul Sabiha Gocken International Airport
#Malaysia Airport Holding Bhd
#PM Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan