BISNES
Batik Air umum laluan baharu Ipoh-Singapura bermula Disember ini

Laluan Ipoh-Singapura bertujuan memudahkan perjalanan pelancong dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai pasaran pelancongan utama. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Batik Air Malaysia (Batik Air) mengumumkan pembukaan laluan baharu Ipoh-Singapura bermula 1 Dis ini sekali gus membuka lembaran baharu dalam rangkaian penerbangan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS).
Ringkasan AI
- Batik Air Malaysia akan memulakan penerbangan Ipoh-Singapura bermula 1 Disember ini menggunakan pesawat Boeing 737 MAX, menjadikan rangkaian penerbangan di LTSAS lebih pelbagai.
- Laluan ini hasil rundingan kerajaan Perak dengan Batik Air sejak April lalu, bertujuan memudahkan perjalanan pelancong dan mengukuhkan kedudukan Singapura sebagai pasaran pelancongan utama.
- LTSAS kini mampu menampung 700,000 penumpang setahun selepas naik taraf bernilai RM8 juta, dengan rekod 540,000 penumpang pada 2024 dan hampir 220,000 penumpang hingga Mei tahun ini.
Beliau berkata kerajaan negeri melalui Unit Strategi Ekonomi Negeri (SEU) bersama Tourism Perak telah mengadakan rundingan dengan pengurusan tertinggi Batik Air pada April lepas sebelum mencapai persetujuan berhubung laluan itu.
Loh berkata faktor yang mendorong pembukaan laluan itu adalah berdasarkan kedudukan Singapura sebagai pasaran pelancongan antarabangsa utama serta pintu transit rakyat negeri ini ke destinasi luar negara.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri akan terus berusaha menambah bilangan penerbangan antarabangsa ke Ipoh serta mengalu-alukan kerjasama syarikat penerbangan dan industri pelancongan bagi menjadikan Perak pintu masuk antarabangsa yang lebih berdaya saing.
LTSAS merekodkan 540,000 penumpang pada 2024, meningkat 4.6 peratus berbanding tahun sebelumnya dan hingga Mei lepas, jumlah penumpang sudah mencecah hampir 220,000 orang.
Proses naik taraf bernilai RM8 juta yang siap pada April lepas meningkatkan kapasiti lapangan terbang itu daripada 240 kepada 510 penumpang sejam serta daripada 500,000 kepada 700,000 penumpang setahun.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami