Kutipan tol di Plaza Tol Plus di Batu Tiga dan Sungai Rasau akan dilaksana secara elektronik sepenuhnya bermula 12 tengah hari, 22 November ini.
Menurut kenyataan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di sini hari ini, pengguna lebuh raya yang melalui kedua-dua plaza itu perlu menggunakan sama ada kad Plusmiles, Touch n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol.
Sebagai insentif kepada pengguna yang membuat bayaran secara elektronik, Plus memberi rebat tol bermula 1 Sept hingga 31 Dis ini, sebanyak 30 peratus untuk waktu bukan puncak antara 10 pagi dan 3.54 petang serta 10 malam hingga 5.59 pagi manakala, 10 peratus untuk waktu puncak antara 6 pagi hingga 9.59 pagi serta 4 petang hingga 9.59 malam setiap hari.
Menurut kenyataan itu, rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan kelas satu yang menggunakan kad Plusmiles, Touch n Go atau SmartTag di kedua-dua plaza tol berkenaan.
Menurut LLM, pihaknya turut menyediakan 1 juta kad Plusmiles dengan harga promosi RM5 sekeping dengan nilai prabayar RM5 dan boleh didapati di lorong tambah nilai serta Pusat Khidmat Pelanggan yang beroperasi di kedua-dua plaza tol tersebut.
Selain itu, 100,000 unit SmartTag dengan harga promosi RM99 seunit berbanding harga asal RM120 seunit, turut ditawarkan kepada pengguna lebuh raya yang menambah nilai kad sebanyak RM30 di Pusat Khidmat Pelanggan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau.
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM 1-800-88-7752 atau Plus 1-800-88-0000.
Bernama
Mon Nov 03 2014
Kutipan tol di Plaza Tol Plus di Batu Tiga dan Sungai Rasau akan dilaksana secara elektronik sepenuhnya bermula 12 tengah hari, 22 November ini. - Gambar Fail
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Deepavali: Aliran trafik terkawal, kenderaan bertambah di lebuh raya utama pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan terkawal walaupun jumlah kenderaan bertambah setakat 9 pagi ini, menjelang sambutan Deepavali esok.
Aliran trafik terkawal, smartlane dibuka lancarkan perjalanan
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala keluar dari Lembah Klang terkawal pagi ini susulan warga kota pulang ke kampung halaman bagi menyambut Hari Raya Aidiladha, esok.
Aidiladha: Larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya Malaysia mengeluarkan arahan larangan penutupan lorong bagi kerja selenggara bermula 12 hingga 19 Jun ini sempena Aidiladha.
Aliran trafik dari utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak
Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan Pantai Timur menuju ke Lembah Klang padat setakat petang ini.
Aliran trafik lancar di beberapa lebuh raya malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama bergerak lancar setakat 10 malam ini.
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama lancar pagi ini
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 pagi ini, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini agak perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di lebuh raya utama lancar dan tiada sebarang kesesakan lalu lintas dilaporkan setakat 10 malam ini.
MLFF dirancang kerajaan terdahulu, KKR teliti semua aspek pelaksanaan - Alexander
KKR dan LLM sedang meneliti semua aspek melibatkan pelaksanaan MLFF seperti dirancang kerajaan terdahulu yang bermula pada tahun 2021.
Sazali Harun dilantik Ketua Pengarah LLM yang baharu
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi hari ini mengumumkan Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) Sazali Harun dilantik sebagai Ketua Pengarah LLM yang baharu.