KUALA LUMPUR: Mercedes-Benz Malaysia (MBM) memanggil balik model tertentu keluarannya susulan masalah berpotensi berkaitan beg udara Takata selaras dengan pematuhan kelulusan Eropah.
Kereta penumpang merentasi pelbagai platform model yang dipanggil balik adalah 169 (A-Class), 203, 204 (C-Class), X204 (GLK), 207 (E-Coupé/ Convertible), 212 (E-Class), 164 (ML-Class dan GL-Class), 251 (R-Class), 171 (SLK), 197 (SLS AMG) yang dikeluarkan antara tahun 2004 hingga 2016 terbabit dalam program berkenaan.
Semua pemilik Mercedes-Benz terbabit boleh memeriksa VIN kenderaan masing-masing di laman mikro Mercedes-Benz atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1-800-88-1133 untuk mengesahkan sama ada kereta mereka dikenal pasti untuk program pemantauan sukarela itu.
MBM berkata, langkah panggilan balik itu dilaksanakan bagi memastikan keselamatan pelanggan dan meningkatkan pemahaman mengenai keadaan model beg udara dalam kenderaan selepas melalui tempoh yang lama.
"Keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami. Pada pertengahan 2019, kami memutuskan untuk melaksanakan panggilan semula di seluruh dunia bagi model Mercedes-Benz, Van dan MB Trucks yang terjejas.
"Kami akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan Sistem Keselamatan Joyson (organisasi yang menggantikan Takata) untuk bertukar penemuan dan pandangan terkini," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurutnya, MBM dan Daimler AG ingin meyakinkan pelanggannya bahawa semua kereta penumpang Mercedes-Benz tidak lagi menggunakan beg udara Takata (atau pengeluar lain) yang berasaskan ammonium nitrat sebagai propelan utama.
"Syarikat akan terus mengekalkan ketelusan dan kawalan kualiti yang ketat kerana keselamatan pelanggan adalah keutamaan pada setiap masa," katanya.
"MBM menggesa semua pelanggan terjejas untuk menghubungi pengedar sah, Pusat Khidmat Pelanggan atau menggunakan kemudahan tempahan dalam talian selepas menerima pemberitahuan untuk menggantikan beg udara, tertakluk kepada ketersediaan alat ganti.
"Pelanggan juga dimaklumkan secara dalam talian dan ditawarkan beg udara gantian baharu secara percuma sekiranya beg udara mereka terjejas," kata MBM.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Wed Nov 10 2021
Pemilik Mercedes-Benz boleh hubungi Pusat Khidmat Pelanggan 1-800-88-1133 untuk mengesahkan sama ada kereta mereka dikenal pasti untuk program pemantauan sukarela itu. - Foto DagangNews.com
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Mercedes cipta sistem brek EV terbina pada motor elektrik
Sistem brek ini tidak perlu diselenggara sepanjang hayat kenderaan dan tidak mencemarkan udara kerana serbuk brek yang terhasil tidak disebarkan ke udara.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Bos Mercedes-Benz gesa EU turunkan tarif kenderaan elektrik China
Tarif terhadap kereta elektrik yang diimport dari China harus diturunkan di tengah-tengah siasatan Suruhanjaya Eropah (EC) terhadap import kereta elektrik dari China.
'Ada perkara yang kita tak mampu boikot' - Ahmad Fadhli
Semalam, Zhemin mempersoalkan Kerajaan Kelantan yang masih menggunakan kereta mewah, Mercedes Benz yang turut menyumbang kepada ekonomi Israel.
Mercedes-Benz Malaysia perkenal SUV EV baharu dengan 7 tempat duduk
Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd melancarkan varian kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah elektrik dengan tujuh tempat duduk terbaharu, EQS 580 4MATIC.
Pemandu Mercedes Benz berdepan denda RM1 juta seludup minyak petrol
Pemandu Mercedes Benz itu akan berulang-ulang setiap hari dengan membawa dan menjual bahan api kawalan itu ke negara jiran.
7 pembuat kereta di Korea Selatan panggil balik 326,723 kenderaan
Tujuh pembuat kereta tempatan dan asing di Korea Selatan secara sukarela menarik balik 326,723 kenderaan ekoran kecacatan pembuatan, menurut Kementerian Pengangkutan pada Rabu.
2 maut dalam insiden tembakan di kilang Mercedes-Benz
Menurut jurucakap pejabat pendakwa raya Stuttgart, suspek berusia 53 tahun berjaya ditahan susulan kejadian di Sindelfingen.
Cycle & Carriage Bintang dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia hari ini
Pengedar jenama Mercedes-Benz, Cycle & Carriage Bintang Berhad (CCB) dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia berkuat kuasa hari ini.
Firma Singapura Jardine CCL tingkatkan ekuiti 91% dalam Cycle & Carriage Bintang
Jardine CCL membuat tawaran terkini pada harga RM2.70 sesaham.