KUALA LUMPUR:Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 Nov ini dijangka lebih menjurus kepada pelan pemulihan ekonomi secara keseluruhan selepas menerima kesan negatif daripada pandemik COVID-19.
Ketua Jabatan Penasihat dan Penyelidik Exim Bank, Zabedah Giw berkata kestabilan ekonomi menjadi keutamaan bagi semua pihak dalam memacu hala tuju masa depan pembangunan negara ke arah kemampanan.
"Ia perlu mengambil kira program pembangunan masa hadapan untuk mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih mantap, lebih berlandaskan teknologi dan yang dapat mengurangkan risiko atau memberi impak kepada pendapatan sekiranya keadaan seperti ini (COVID-19) terjadi lagi.
"Pada masa sama, kemampanan aktiviti ekonomi juga mengambil kira inisiatif kerajaan sebelum ini, yang telah mewujudkan (program) ekonomi digital dan Industry4ward (Industri 4.0)," katanya semasa menjadi tetamu menerusi Skype bagi program Ruang Bicara yang disiarkan Bernama TV pada Jumaat.
Ruang Bicara yang dihoskan Sherkawi Jirim itu membincangkan tajuk 'Bajet 2021 Dalam Situasi Politik dan Ekonomi Semasa'.
Zabedah berkata komuniti perniagaan dan ekonomi itu sendiri juga perlu mempunyai model ekonomi yang jelas apabila menerima guna teknologi dalam rantaian bekalan perniagaan mereka seperti penggunaan kecerdasan buatan.
"Aspirasi ekonomi itu sendiri perlu menjurus ke arah kecemerlangan dengan ia perlu disokong menerusi penerusan dasar pendidikan sedia ada.
"Inovasi boleh berlaku secara lebih meluas dengan aplikasi teknologi, dan juga mengambil kira kualiti lepasan pengajian tinggi sekarang dan masa akan datang," katanya.
Beliau berkata Malaysia juga mengamalkan ekonomi perdagangan, yang perlu disokong dengan kapasiti pembuatan dan pengeluaran yang mencukupi dan inovatif untuk melonjakkan Malaysia ke tahap kematangan perindustrian.
"Penekanan sebelum ini bagi penggunaan Industry4ward dan pendigitalan memberi peluang untuk menerima guna contohnya pembuatan bernilai tambah tinggi ke tahap yang lebih tinggi.
"Di sini saya nampak ia lebih menjurus kepada pencapaian perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk menaik taraf perniagaan mereka. Ia penting kerana PKS adalah lapisan perniagaan yang boleh diukur untuk menjadi juara global daripada juara tempatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 17 2020
Kemampanan aktiviti ekonomi juga mengambil kira inisiatif kerajaan yang telah mewujudkan program ekonomi digital dan Industry4ward. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
[KOLUMNIS] Graduan teknikal mahu kerajaan pasca-PRU15 konsisten pada perjuangan TVET
TVET merupakan salah satu tunjang utama yang memainkan peranan signifikan dalam mentransformasikan Malaysia kepada negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DUN Sarawak lulus RUU Perbekalan Tambahan
Perbelanjaan tambahan tersebut adalah untuk membiayai beberapa perkhidmatan daripada kementerian dan jabatan yang dananya tidak disediakan atau tidak mencukupi dalam perbelanjaan 2021.
500,257 pencari kerja dapat pekerjaan melalui 27 inisiatif kerajaan - PM
Ia melangkaui sasaran 500,000 peluang pekerjaan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kewangan melalui Bajet 2021.
Lebih RM2 juta diperuntuk iktiraf kepentingan, sumbangan wanita Sabah
Ia sebagai bukti kerajaan negeri terus mengiktiraf kepentingan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negeri ini.
Bajet 2022: Kerajaan perlu labur kumpul statisik tepat tangani jurang kemiskinan
Ketika ini negara bergantung kepada angka purata yang mencampurkan mereka yang berpendapatan tinggi dan rendah dan ini menyukarkan pengiraan yang tepat.
4,422 murid kehilangan ibu bapa akibat COVID-19 - Rina Harun
Daripada jumlah itu seramai 154 orang murid kehilangan kedua-dua ibu dan ayah iaitu menjadi yatim piatu.
Aktivi perniagaan dijangka meningkat 54 peratus tahun ini - Tengku Zafrul
Aktiviti perniagaan dijangka mencatatkan pertumbuhan sehingga 54 peratus pada tahun ini, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
COVID -19: Jonker Walk rugi RM2.5 juta sehari
Kerugian RM2.5 juta sehari itu dinilai berdasarkan anggaran 10,000 pelancong mengunjungi kawasan itu sehari dan berbelanja RM250 untuk membeli-belah.
[KOLUMNIS] Apa yang sudah dilakukan dan apa yang perlu dilakukan?
Pasukan baharu ini mempunyai tugas penting untuk memastikan ekonomi dan kesihatan rakyat kembali kepada keadaan normal.
Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Jelas Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.