KUALA LUMPUR : Belanjawan 2022 dijangka lebih tertumpu ke arah isu kelangsungan hidup masyarakat yang terhimpit dengan keadaan pandemik COVID-19.

Menurut Ketua Ahli Ekonomi Maybank Investment Bank, Suhaimi Ilias, beberapa dasar akan menjadi tumpuan bagi menangani isu perlindungan keselamatan sosial selain turut meningkatkan rangkaian keselamatan rakyat.

“Kita tidak jangkakan kerajaan akan umum insiatif seperti pengeluaran KWSP atau moratorium disebabkan ia mempunyai had.

“Saya berpendapat, usaha akan lebih kepada menangani masalah rakyat yang terkesan akibat pandemik,” katanya dalam taklimat Tinjauan Separuh Kedua Malaysia Maybank Investment Bank secara maya pada Isnin.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya juga telah membuat semula unjuran ekonomi negara kepada 4.2 peratus berbanding 5.1 peratus sebelum ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh.

Ini, katanya, termasuk jangkaan defisit fiskal pada 6.8 peratus bagi tahun ini manakala kadar inflasi sekitar 2.6 peratus.

Sementara itu, Ringgit pula, jelas beliau, akan berada pada paras RM4 berbanding dolar Amerika (AS) menjelang akhir tahun ini.

Dalam masa sama, Suhaimi berkata, keadaan peningkatan hutang kerajaan juga akan memberikan kesan kepada penurunan penarafan kredit negara