KUALA LUMPUR: Tiada belanjawan negara yang sempurna atau mampu menyelesaikan semua permasalahan.
Itu pandangan dikemukakan Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Apurva Sanghi berkait Belanjawan 2023 yang dibentangkan pada Jumaat lalu.
Menerusi perkongsian di Twitter beliau, Apurva berkata belanjawan tersebut telah menetapkan hala tuju yang baik dalam pelbagai perkara.
Beliau bagaimanapun menggariskan beberapa isu dasar yang masih perlu diberi fokus oleh kerajaan menerusi dimensi 3D (Data, Development & Discipline).
DATA
"Syabas kepada kerajaan yang telah menjadikan data lebih terbuka dan mudah diakses. Namun, bolehkah kita dapatkan data perbelanjaan mengikut projek, kategori dan geografi?
"Sabah, Sarawak akan mendapat RM12 bilion. Bagus, tetapi apa data atau kriteria yang membolehkan mereka atau negeri lain mendapat peruntukan? Bolehkah ia (data) dijadikan secara terbuka," katanya.
Beliau turut memuji keputusan untuk lebih banyak tender secara terbuka dilaksanakan selepas ini.
Menurutnya, dalam analisis Bank Dunia pada 2017, ia mendapati sekitar 30 peratus projek mega dianugerahkan secara rundingan terus.
Justeru beliau berpandangan isu tersebut adalah lebih sistemik melangkaui projek mitigasi banjir.
"Mengapa tidak mempertimbang untuk tender terbuka melibatkan semua projek mega, dalam semua sektor?
"Bagaimana pula data berkenaan tempoh menunggu di hospital, penggunaan pengangkutan awam atau dan sebagainya?
"Jabatan kerajaan di United Kingdom (UK) perlu mengemukakan butiran terperinci bagi semua projek yang menelan belanja melebihi £25,000.
"Bolehkah Malaysia melakukan perkara yang sama?" soalnya.
DEVELOPMENT (Perbelanjaan Pembangunan)
Menurut Apurva, perbelanjaan pembangunan (DE) yang diperuntukkan adalah sekitar RM99 bilion daripada keseluruhan RM388 bilion.
Bagaimanapun, selepas menolak sekitar RM13 bilion untuk tebusan bon 1MDB, peruntukan yang tinggal adalah sekitar RM85 bilion atau hanya 22 peratus bagi DE.
"Adakah ia mencukupi bagi Malaysia - sebuah negara menua?
"Sebagai contoh, walaupun peruntukan yang besar, perbelanjaan kesihatan hanya sekitar 2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)," katanya.
Beliau turut mempersoal sama ada dana tersebut disalurkan secara tepat lantaran peruntukan bagi kesihatan, pendidikan, infrastruktur, PKS, belia dan lain-lain adalah sama penting.
"Namun, dengan ketiadaan analisis kos faedah sosial secara terbuka, tidak mudah untuk tahu sekiranya projek-projek dipilih berdasarkan pulangan kepada peningkatan ekonomi atau sosial.
"Malah, analisis kami pada 2017 menunjukkan tahap kecekapan pelaburan awam di Malaysia hanya sekitar 50 peratus, lebih rendah berbanding 70 peratus di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)," katanya.
Beliau turut berpandangan bahawa impak DE sukar diseragamkan dengan mengambil contoh apabila lebih 70 agensi menawarkan program latihan kemahiran selain 35 agensi melaksanakan lebih 100 program digitalisasi PKS.
Justeru, Apurva melihat, program yang pelbagai dan bertindan boleh mengurangkan impak perbelanjaan yang baik bagi meningkatkan kemahiran dan PKS.
DISIPLIN: Defisit, cukai & subsidi
Menurut beliau, kadar defisit dijangka menurun daripada 5 peratus KDNK pada 2023 kepada 3.2 peratus pada 2025.
"Adakah ia realistik?
"Pada 2022, ekonomi Malaysia tumbuh pada kadar 8.7 peratus disokong oleh harga minyak yang tinggi iaitu sekitar AS$100 setong.
"Tetapi pertumbuhan pada 2023 adalah 4.5 peratus dengan harga minyak AS$80 setong ketika ini dijangka akan lebih rendah," katanya.
"Bagaimana sekiranya harga minyak jatuh di bawah paras AS$80 setong?" ujarnya.
Sekiranya ia berlaku, beliau menjangkakan hasil kerajaan akan lebih rendah daripada 2022, namun tidak dinafikan ia juga boleh meningkat.
Berkait beberapa cukai seperti barangan mewah, individu berpendapatan tinggi dan keuntungan modal, kerajaan perlu mengambil kira faktor reaksi tingkah laku.
"Barangan mewah biasanya sensitif terhadap perubahan harga.
"Individu berpendapatan tinggi pula boleh melantik akauntan percukaian terbaik.
"Keuntungan selalunya bergerak merentas sempadan.
"Jadi saya tidak begitu yakin berkenaan potensi meningkatkan hasil, tetapi ia merupakan isyarat yang baik dalam meluaskan asas percukaian," katanya.
Berkait subsidi pula, Apurva berkata ia sekitar 3.4 peratus KDNK tahun lalu di mana pengurangannya mampu menangani sasaran defisit.
"Namun, belanjawan kali ini hanya menyentuh secara umum sahaja berkait subsidi.
"Malah, isu lain berkait disiplin fiskal sebagai contoh mengapa dividen petroleum dibelanja untuk perbelanjaan operasi seperti pembayaran gaji sebagainya sedangkan ia sepatutnya disimpan bagi generasi masa depan atau dibelanja untuk pembangunan?" soalnya.
Harits Asyraf Hasnan
Wed Mar 01 2023
APURVA: Tiada belanjawan negara yang sempurna atau mampu menyelesaikan semua permasalahan.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini
Permintaan domestik terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
Industri perbankan kini hadapi saingan platform pembayaran - Bank Dunia
Industri perbankan kini menghadapi saingan daripada platform pembayaran yang sebelum ini tidak bermula sebagai bank atau platform pembayaran.
Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.