awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2024: RM60 juta bangunkan rangka kerja pengujian keselamatan siber 5G

Bernama
Bernama
13/10/2023
12:13 MYT
Belanjawan 2024: RM60 juta bangunkan rangka kerja pengujian keselamatan siber 5G
Anwar berkata, rangka kerja yang akan dibangunkan oleh CyberSecurity ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperuntukkan sejumlah RM60 juta untuk membangunkan Rangka Kerja Pengujian Keselamatan Siber 5G serta Kepakaran Tempatan Teknologi 5G, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata rangka kerja yang akan dibangunkan oleh CyberSecurity ini adalah untuk meningkatkan kesiapsiagaan terhadap ancaman serangan siber.
"Setakat September 2023, Digital Nasional Bhd (DNB) telah berjaya membangunkan rangkaian 5G dengan liputan di kawasan berpenduduk 70.2 peratus. Sebagaimana dijanjikan, rangkaian 5G akan mencapai kira-kira 80 peratus liputan di kawasan berpenduduk menjelang akhir tahun ini.
"Rakyat kini boleh menikmati perkhidmatan 5G yang ditawarkan oleh semua syarikat telekomunikasi pada tahap kualiti yang amat baik," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 yang bertemakan 'Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat' di Dewan Rakyat hari ini.
Bagi meningkatkan penerimagunaan 5G, beliau berkata usaha gigih akan diperhebat dengan kerjasama syarikat telekomunikasi supaya lebih ramai pengguna dan perusahaan mendapat manfaat.
-- BERNAMA
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2024
#Anwar Ibrahim
#keselamatan siber
#5G
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan