Skip to main content

Bisnes

Sarawak bakal jadi hab cip termaju di Asia, dijangka beroperasi 2028 - Abang Johari

ABANG JOHARI: Projek ini berbeza daripada pembangunan pusat data konvensional kerana memberikan tumpuan kepada teknologi cip generasi termaju, sekali gus membuka peluang kepada generasi muda Sarawak menceburi industri teknologi tinggi. - Gambar fail
ABANG JOHARI: Projek ini berbeza daripada pembangunan pusat data konvensional kerana memberikan tumpuan kepada teknologi cip generasi termaju, sekali gus membuka peluang kepada generasi muda Sarawak menceburi industri teknologi tinggi. - Gambar fail

Ringkasan AI

  • Sarawak akan menjadi hab teknologi cip termaju Asia melalui pembangunan kemudahan pembuatan cip di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya, dijangka beroperasi pada 2028.
  • Kemudahan ini akan menghasilkan cip berteknologi tinggi untuk kecerdasan buatan, robot humanoid dan sistem autonomi termasuk kenderaan serta traktor.
  • Projek bernilai USD1 bilion ini merupakan usaha sama SoftBank Group Corp, Grab Holdings Ltd dan Petros, dengan SoftBank memegang 80 peratus kepentingan.
Advertisement

KUCHING: Sarawak bakal menjadi hab teknologi cip termaju di Asia menerusi pembangunan kemudahan pembuatan cip di Zon Perindustrian Bebas Sama Jaya yang dijangka memulakan operasi pada 2028.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kemudahan itu akan menghasilkan cip berteknologi tinggi untuk kegunaan kecerdasan buatan (AI), robot humanoid dan sistem autonomi termasuk kenderaan serta traktor.

“Kerja pembinaan projek berkenaan telah bermula di kawasan Taiyo Yuden, Sama Jaya. Ini era baharu untuk dunia, bukan Sarawak sahaja. Sarawak akan menjadi hab bagi Asia, bukan sekadar ASEAN,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Projek Loji Rawatan Air Trusan Baharu dan menyempurnakan pelancaran simbolik sambungan grid elektrik di Lawas, semalam.

Abang Johari berkata projek pembuatan cip itu dilaksanakan menerusi usaha sama melibatkan SoftBank Group Corp, Grab Holdings Ltd dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dengan modal permulaan USD1 bilion. 

Advertisement

“SoftBank memegang 80 peratus kepentingan dalam projek berkenaan, manakala Petros dan Grab masing-masing 10 peratus.

“Projek ini berbeza daripada pembangunan pusat data konvensional kerana memberikan tumpuan kepada teknologi cip generasi termaju, sekali gus membuka peluang kepada generasi muda Sarawak menceburi industri teknologi tinggi,”katanya. 

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement