awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
Pengurusan tanah perkuburan Islam di Perlis perlu segera dimantapkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2026: Tiada alasan lagi untuk tidak pasang peranti had kelajuan- Loke

Astro Awani
Astro Awani
10/10/2025
13:13 MYT
Belanjawan 2026: Tiada alasan lagi untuk tidak pasang peranti had kelajuan- Loke
Kos pembelian peranti had kelajuan bagi kenderaan berat diberikan Elaun Modal Dipercepatkan untuk dituntut dalam tempoh satu tahun. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyatakan rasa puas hati selepas beberapa cadangan dikemukakan kementeriannya diambil kira dalam pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat
Antara yang diumumkan ialah insentif pemasangan peranti had kelajuan (SLD) bagi kenderaan berat, di mana kos pemasangan kini layak dituntut dalam tempoh setahun.
“Tiada alasan lagi untuk tidak memasangnya,” tegas Loke, dalam satu sidang media di Parlimen.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan mencadangkan agar kos pembelian SLD bagi kenderaan berat diberikan Elaun Modal Dipercepatkan untuk dituntut dalam tempoh satu tahun.
Kerajaan turut memperkenalkan geran padanan RM4,000 untuk individu memiliki kenderaan berusia lebih 20 tahun yang menukar kenderaan baharu.
Langkah ini, menurut Anwar penting untuk meningkatkan keselamatan jalan raya.
Dalam masa sama, pemilik teksi diberikan insentif bebas cukai jika membeli kenderaan baharu, adalah sebahagian usaha transformasi industri teksi negara.
Beberapa inisiatif sedia ada juga diteruskan dengan peruntukan baharu, termasuk pas My50 untuk pengguna Lembah Klang, bantuan tiket penerbangan bagi pelajar Sabah dan Sarawak, serta had tambang maksimum pada musim perayaan.
“Saya amat berpuas hati kerana banyak cadangan daripada Kementerian Pengangkutan telah diambil kira dalam belanjawan kali ini,” tambahnya.
Dapatkan berita terkini Belanjawan 2026 di sini
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2026
#Anthony Loke
#peranti had kelajuan
#Elaun Modal Dipercepatkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan