Skip to main content

Malaysia

PRN Melaka: Kempen dua minggu bukan mudah, namun tidak sesukar dahulu - Ab Rauf

Ab Rauf Yusoh (tengah) berkata meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh berkempen, BN tidak mengambil ringan peranan dan usaha semua pihak dalam meraih keyakinan rakyat. -Foto Astro AWANI/Firdaus Mohari
Ab Rauf Yusoh (tengah) berkata meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh berkempen, BN tidak mengambil ringan peranan dan usaha semua pihak dalam meraih keyakinan rakyat. -Foto Astro AWANI/Firdaus Mohari
Advertisement

MELAKA TENGAH: Barisan Nasional (BN) menyifatkan perjalanan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selama dua minggu sebagai tidak mudah, namun tidak sesukar pengalaman pilihan raya sebelum ini.

Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata meskipun berdepan pelbagai cabaran sepanjang tempoh berkempen, BN tidak mengambil ringan peranan dan usaha semua pihak dalam meraih keyakinan rakyat.

“Saya melihat bahawa kempen dua minggu ini tidak mudah dan tidak payah, tidak sepayah dululah.

Advertisement

“Tetapi kita tidak mengambil ringan peranan yang dimainkan oleh pihak yang bersama-sama untuk mendapatkan keyakinan rakyat,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kilang Koa Denko, di sini, pada Jumaat.

Ab Rauf berkata segala usaha sepanjang tempoh kempen kini diserahkan sepenuhnya kepada pengundi untuk membuat penilaian menerusi kertas undi pada hari pengundian esok.

Advertisement

“Saya yakin rakyat telah bersedia untuk memberikan penilaian pada kertas undi yang akan diterjemahkan esok,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut menyeru pengundi supaya keluar awal menunaikan tanggungjawab bagi mengelakkan kemungkinan hujan pada sebelah petang.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan seramai 79 calon bertanding merebut 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan proses pengundian berlangsung di 240 pusat mengundi esok.

Must Watch Video

Advertisement