KUALA LUMPUR: Pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan perolehan ekuiti bernilai RM570.9 juta selepas mencatatkan jualan bersih selama dua belas minggu berturut-turut, kata MIDF Research.
Dalam Laporan Aliran Dananya untuk minggu berakhir 14 Julai 2023, ia menyatakan minat pelabur asing bermula pada Rabu, menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak RM84.2 juta.
Ini seiring pengeluaran data ekonomi Malaysia yang positif termasuk peningkatan sektor perdagangan borong dan runcit dalam nilai jualan bulanan sebanyak 6.6 peratus tahun ke tahun kepada RM138.0 bilion pada Mei 2023.
Sektor pembuatan negara turut mempamerkan pertumbuhan 3.3 peratus tahun ke tahun dalam nilai jualan kepada RM146.8 bilion pada bulan yang sama.
"Aliran masuk bersih berterusan pada Khamis dan Jumaat, dengan jumlah tertinggi dicatatkan pada Jumaat sebanyak RM468.9 juta -- menandakan aliran masuk bersih tertinggi sejak 28 Feb 2022, sebelum kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS," kata MIDF Research.
Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk asing bersih ialah teknologi (RM115.0 juta), pengangkutan dan logistik (RM102.0 juta) dan perladangan (RM97.0 juta).
Sebaliknya, tiga sektor yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah penjagaan kesihatan (-RM29.7 juta), REIT (-RM10.2 juta) dan tenaga (-RM7.1 juta).
Setakat tahun ini, pelabur asing telah menjadi penjual bersih ekuiti domestik selama 21 daripada 28 minggu, dengan jumlah aliran keluar bersih RM3.88 bilion.
Sementara itu, pelabur institusi tempatan pula berubah menjadi penjual bersih ekuiti domestik dengan sejumlah RM308.0 juta minggu lalu direkodkan selepas belian bersih selama dua belas minggu berturut-turut.
"Mereka telah menjadi pembeli bersih ekuiti domestik selama 21 daripada 28 minggu, dengan jumlah aliran masuk bersih RM3.62 bilion setakat tahun ini," katanya.
Peruncit tempatan turut menjadi penjual bersih ekuiti tempatan dengan sejumlah RM262.9 juta minggu lepas. Ia telah menjadi pembeli selama 15 daripada 28 minggu, mencatatkan jumlah belian bersih sebanyak RM253.5 juta setakat tahun ini.
Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata volum dagangan harian (ADTV) oleh peruncit (19.9 peratus), institusi tempatan (22.4 peratus) dan pelabur asing (33.7 peratus).
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 17 2023
Minat pelabur asing bermula pada Rabu, menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak RM84.2 juta. - MIDF Research
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 3.68 mata kepada 1,619.08 daripada 1,615.40 semalam.
Dana asing dijangka rangsang Bursa Malaysia minggu depan
Kembalinya dana asing ke rantau ini dijangka memberikan rangsangan kepada Bursa Malaysia minggu depan.
Ringgit ditutup tinggi jejaki pasaran ekuiti positif
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, menjejaki sentimen positif di pasaran ekuiti, kata penganalisis.
Bursa Malaysia akhiri dagangan 2023 ditutup pada paras terendah intra hari
Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2023 dengan ditutup pada paras terendah intra harinya pada 1,454,66 hari ini berbanding paras pembukaan hari pertamanya tahun ini pada 1,488.54.
Belian bersih dana asing di Bursa Malaysia meningkat - MIDF
Pelabur asing menjadi pembeli bersih di Bursa Malaysia minggu lalu dengan perolehan ekuiti bernilai RM570.9 juta.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.
Dana asing dijangka kembali ke pasaran Asia termasuk Malaysia - Rakuten Trade
Kenny Yee berkata, indeks petunjuk utama FBM KLCI dijangka mencecah 1,630 mata berdasarkan penilaian PE sebanyak 15.5 kali.
Aliran masuk dana asing berterusan untuk minggu keenam berturut-turut - MIDF Research
Bursa Malaysia terus menyaksikan aliran masuk dana asing untuk minggu keenam berturut-turut bagi minggu berakhir 26 Ogos.
Pelabur asing kuasai RM75.7 juta bersih ekuiti tempatan minggu lepas
Bursa Malaysia memulakan minggu urus niaga dengan baik, menyaksikan dana asing membeli sejumlah RM98.9 juta bersih ekuiti tempatan pada Isnin.
Pelabur asing masih 'takut' dengan Bursa Malaysia
Bursa Malaysia mengalami penarikan keluar dana asing terbanyak di Asia sejak setahun lalu