KUALA LUMPUR:Dewan Rakyat perlu memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibentang dan dibahaskan jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan.
Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik Universiti Malaya (UM), Dr Mohammad Tawfiq Yaakub berkata, ia merupakan antara langkah terbaik perlu dilakukan bagi memastikan sebuah kerajaan yang absah atau sah.
"Selain yang boleh dilakukan selepas ini ialah perlu membawa satu undi percaya atau tidak di dewan rakyat bagi memastikan keabsahan kerajaan sedia ada. Ini penting kerana kalau belanjawan itu ditolak, ini menggambarkan kerajaan sedia ada bergelut dengan keabsahan.
"Maka langkah terbaik ialah lakukan formaliti mengemukakan usul undi tidak percaya dan pihak yang mengendalikan sidang dewan itu perlu dengan terbuka menerima usul tidak percaya untuk dibentang dan dibahas di dewan rakyat bagi pastikan wujudnya keabsahan kerajaan sedang memerintah," katanya kepada Astro AWANI melalui Skype di sini, pada Khamis.
Ujar beliau, apabila sebuah kerajaan itu tidak berjaya meluluskan belanjawan, maka secara konvensyen atau moralnya, kerajaan perlu berundur.
Namun, sebuah kerajaan itu tidak terikat dengan konvensyen berkenaan.
"Tindakan seumpama ini pernah diambil sebelum ini dan ia tidak mengikat. Ia bukan sebuah undang-undang yang mengikat, maknanya urusan pentadbiran negara boleh dilaksanakan," ujarnya lagi.
Beliau pada masa sama, Mohammad Tawfiq berpendapat bahawa kemungkinan ahli parlimen kerajaan mempunyai strategi politik tersendiri kali ini.
"Yang saya musykilnya, ahli parlimen dari kerajaan itu sendiri bersikap menolak Belanjawan 2021. Kita perlu lihat, kenapa mereka menolak. Mungkin ada sebab tertentu.
"Pada peringkat awal, mereka memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, tetapi ahli parlimen kemudian mengubah fikiran. Mereka mungkin bukan menolak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, mereka menolak orang di sekeliling Tan Sri Muhyiddin.
"Mereka berasa muak apabila UMNO diketepikan dan meletakkan mereka yang keluar parti pembangkang serta dijadikan orang kanan Muhyiddin," tambahnya.
Rahimah Abdullah
Thu Nov 26 2020

Dewan Rakyat perlu memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibentangkan dan dibahaskan jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan, Pensyarah Jabatan Pengajian Pentadbiran dan Politik, UM. - Gambar fail

WHO di Wuhan | Siasat asal-usul COVID-19, jangka makan masa lama
Bekas Pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran agar orang ramai tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap tinjauan pasukan WHO di Wuhan, China yang dikatakan bagi menyiasat asal-usul wabak COVID-19.

Gempa Sulawesi | 15 disahkan maut, 15,000 mangsa diarah berpindah keluar
Sekurang-kurangnya 15 maut dalam kejadian gempa bumi bermagnitud 6.1 pada skala richter di Sulawesi, Indonesia pada 2.28 pagi Jumaat.

Pelanggan sah positif COVID-19, WTC ditutup sementara waktu
Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Jumaat mengesahkan salah seorang pelanggannya positif COVID-19.

PKP 2.0: Toyota, Honda tutup kilang di Malaysia
Dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.

Tabung Haji | Jaminan kerajaan kepada TH akan dipertahankan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menegaskan Jaminan Kerajaan kepada lebih 9 juta pendeposit tetap Tabung Haji (TH) terus dipertahankan.Jelasnya, perbincangan diantara pihaknya dan Menteri Kewangan sebelum ini hanyalah mengenai isu penstrukturan semula yang bakal membawa keberhasilan yang tinggi kepada Tabung Haji.

Menyamar jadi polis samun warga asing, ditangkap
Polis Seberang Perai Utara (SPU), Pulau Pinang menahan dua lelaki tempatan yang menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak menyamun dan mencuri motosikal warga asing di daerah itu. Kedua dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun itu ditahan dalam Op Cantas dan Lejang di Penaga Kepala Batas, Pulau Pinang kira kira jam 9 malam Khamis.

Apa fungsi Jawatankuasa Khas jika Kabinet berfungsi seperti biasa?
Sekiranya Kabinet berfungsi seperti biasa, apa keperluan untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi Proklamasi Darurat, soal Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Bot karam | Berenang lebih tujuh jam selamatkan diri
Tercampak dari bot. Terapung dan berenang selama tujuh jam dalam badaian ombak besar. Kuatkan diri, cekalkan hati, dia akhirnya selamatkan sampai sehingga ke daratan. Itu pengalaman yang diceritakan Asman Mohamad, salah seorang mangsa yang terselamat dalam insiden bot tunda karam. Tapi dia sayu, mengenangkan kapten bot terbabit, yang juga ayah kandungnya yang masih tidak dijumpai.

COVID-19 | Peniaga kecil Sibu akur pelaksanaan PKP
Bagi peniaga kecil dan penjaja di Sibu episod lama berulang, periuk nasi mereka sekali lagi terjejas. Namun mereka akur. Kerana yang paling penting ketika ini rantaian COVID-19 dapat diputuskan.

Pembelian panik | Elak kerap keluar ketika PKP
Selain seluruh negeri Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk 11 hari sehingga 26 Januari. Bermula tengah malam ini, PKP turut dilaksanakan di bahagian Sibu. Ia libatkan daerah Sibu, Kanowit dan Selangau. Di daerah Sibu contohnya, jalan sememangnya sesak seperti yang selalu dikatakan, orang ramai melakukan pembelian panik. Kru AWANI Sarawak di Sibu ada membuat tinjauan mengenai situasi itu. Benarkah penduduk sibu keluar melakukan pembelian panik.

Tindakan BN tarik balik sokongan pada PN ibarat gali kubur sendiri - Penganalisis
Mujibu berkata, perkara itu tidak boleh dilihat di peringkat Persekutuan, malah perlu dinilai secara menyeluruh termasuk di peringkat negeri.

UMNO bimbang Bersatu akan meluaskan pengaruh - Penganalisis
Dalam perkembangan yang berkaitan, beliau berkata UMNO kelihatan lebih yakin untuk bekerjasama dengan Pas.

Ketegangan PN Perak beransur pulih - Penganalisis
Sharifah Syahirah berkata, perkara itu sekali gus akan menyelesaikan kemelut politik yang wujud di negeri itu.

Status quo di Perak masih boleh dikekalkan
Bagaimanapun perkara itu menimbulkan persoalan adakah UMNO akan kembali kepada Bersatu selepas usul berkenaan di bawa parti itu.

Politik Perak: Tumpuan pada Sultan Nazrin tentukan masa depan kerajaan negeri
Perak dianggap sebagai 'swing state' (senario politik negeri sering berubah) di mana sejak 2008 lagi, komposisi malah sokongan kepada kerajaan, sering berubah.

Belanjawan 2021: Jawatankuasa Khas dibentuk jika persetujuan gagal dicapai - Penganalisis
Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata penubuhan jawatankuasa berkenaan bagi menyelesaikan masalah berkaitan perkara yang terperinci di dalam setiap kementerian.

Melayu-Islam: Tidak bermakna tepikan hak kaum lain
Konteks Melayu-Islam tidak bermakna mengetepikan hak dan kepentingan kaum-kaum lain yang merentasi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Kelulusan Belanjawan 2021 penting untuk ekonomi Sarawak - Penganalisis
Menerusinya, projek pembangunan luar bandar dapat diteruskan selain mengangkat kembali ekonomi rakyat ketika tempoh pandemik ini.

Beri laluan kepada undi tidak percaya jika Belanjawan 2021 tidak lulus - Penganalisis
Dewan Rakyat perlu memberi laluan kepada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri untuk dibentangkan dan dibahaskan jika Belanjawan 2021 tidak berjaya diluluskan.

Jangan lihat J-KOM dari lensa politik lama - Penganalisis
Sara berkata, penubuhan J-KOM tatkala negara berdepan dengan pandemik COVID-19 dilihat sebagai langkah yang baik.