awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berita baik buat pendeposit Tabung Haji!

Astro Awani
Astro Awani
07/02/2018
09:23 MYT
Berita baik buat pendeposit Tabung Haji!
TH telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM4.5 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.1 bilion (31 peratus) berbanding tahun kewangan 2016. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
Lembaga Tabung Haji hari ini mengumumkan pemberian hibah atau bonus kepada pendeposit TH sebanyak 4.5 peratus Hibah Tahunan dan 1.75 peratus Hibah Haji bagi tahun kewangan 2017.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan hibah berjumlah 6.25 peratus itu bakal memberi manfaat kepada 8.7 juta atau 93 peratus pendeposit yang belum menunaikan ibadat haji.
Menurutnya, TH telah mencatatkan pendapatan kasar sebanyak RM4.5 bilion iaitu peningkatan sebanyak RM1.1 bilion (31 peratus) berbanding tahun kewangan 2016.
Kata beliau, TH juga mencatatkan keuntungan bersih selepas zakat sebanyak RM 2.8 billion, peningkatan sebanyak RM 0.3 bilion (13 peratus) berbanding tahun kewangan 2016.
"Pendapatan positif TH ini turut dibantu oleh anak-anak syarikatnya seperti BIMB Holdings Berhad, TH Properties Sdn Bhd, Kumpulan TH Hotel & Travel, dan TH Trust yang merekodkan peningkatan keuntungan.
"Pengagihan hibah turut merangkumi Zakat TH sebanyak RM68 juta yang akan diagihkan kepada semua Pusat Pungutan Zakat Negeri (PPZ)," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Menurut Jamil Khir, bagi tahun 2017, TH telah membelanjakan kos sebanyak RM356 juta merangkumi RM298 juta subsidi haji dan RM58 juta untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti kesihatan, kaunseling, bimbingan haji, petugas haji serta kaunter kewangan.
Katanya, bagi tahun 2018, TH dijangka menanggung subsidi haji hampir RM 400 juta sebagai satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi memegang amanah menjaga kebajikan jemaah Malaysia.
Pengkreditan Hibah TH 2017 boleh disemak bermula 12 Februari depan melalui kaunter TH, Bank Islam dan Bank Rakyat.
Pendeposit juga boleh menyemak akaun mereka melalui portal internet bank rakan strategik seperti - Bank Islam, Bank Rakyat dan Maybank Islamik (Maybank2U) serta Portal Internet TH (THiJARI) dan aplikasi mobile (THiJARI).
Topic Berkaitan
#BIMB Holdings Berhad
#Dato Seri Jamil Khir Haji Baharom
#hibah
#ibadat haji
#keuntungan
#Pusat Pungutan Zakat Negeri
#Tabung Haji
#TH Trust
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan