awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Best Wey' slogan baharu tarik golongan belia melancong ke Langkawi

Dagang News
Dagang News
05/09/2022
02:00 MYT
'Best Wey' slogan baharu tarik golongan belia melancong ke Langkawi
Langkawi kaya dengan landskap pergunungannya yang menakjubkan, keindahan flora dan fauna, formasi batuan tertua serta menawarkan pelbagai hotel mewah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) memperkenalkan slogan domestik baharu Langkawi yang dikenali sebagai ‘Best Wey’ dalam usaha menarik golongan belia untuk melancong ke pulau tersebut.
Slogan yang lebih dinamik dan menarik ini diharap dapat menaikkan semangat mengembara dalam kalangan Gen-Z dan Millennial untuk melancong ke Langkawi.
Turut diperkenalkan adalah video rasmi Langkawi baharu dan Langkawi Guide Series di Majlis Perasmian Matta Fair pada 3 September 2022. Inisiatif terbaharu ini dilihat sebagai usaha meningkatkan promosi dan penjenamaan bagi pasaran domestik.
Kempen melalui video baharu ini menggambarkan keindahan Langkawi dengan cara yang bertenaga, pantas dan meriah. Video ini turut diiringi alunan melodi yang ceria mewakili semua pengembaraan unik dan menarik yang menanti para pelancong di Langkawi.
Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Nasaruddin Abdul Muttalib berkata, mereka berusaha mempromosikan Langkawi melalui kempen baharu ini dengan meletakkan pulau itu sebagai tempat percutian eko dan geo yang santai dengan menonjolkan ciri-ciri pulau ini seperti Langkawi Geopark, yang pertama tersenarai dalam UNESCO di Asia Tenggara.
"Selain itu, pulau ini juga kaya dengan landskap pergunungannya yang menakjubkan, keindahan flora dan fauna, formasi batuan tertua serta menawarkan pelbagai hotel mewah. Turut dianggap sebagai syurga dan tempat untuk menenangkan fikiran, Langkawi juga dianggap sebagai salah satu tempat terbaik untuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Langkawi Guide Series yang baru disusun mengandungi pelbagai risalah yang mengandungi maklumat lengkap dan terkini mengenai Langkawi.
Maklumat yang dikongsi di dalam risalah ini merangkumi tempat makanan tradisi dan eksotik di Langkawi, panduan alam semula jadi Langkawi, senarai hotel, trail menarik dan juga peta Pulau Langkawi.
Risalah yang direka cantik ini menggunakan grafik yang menarik untuk berkongsi beberapa tempat yang menarik di Langkawi. Risalah ini boleh didapati di laman sengsawang rasmi Pelancongan Langkawi: Naturally Langkawi, yang boleh dilayari di https://naturallylangkawi.my/langkawi-brochure/.
Tambah Nasaruddin, para pelancong kini boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Langkawi melalui peranti mudah alih masing-masing dengan mengimbas kod QR dalam risalah ini.
"Ia terbukti berguna kerana menarik para pengguna yang mementingkan kemudahan dan inovasi. Kami akan memastikan Langkawi menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia serta mesti seiring dengan peningkatan digital dan membawa diri melangkaui teknologi untuk menjadi celik teknologi,” katanya.
Dengan pulau-pulau indah yang tiada tandingannya, laut yang membiru serta berkilauan dan pantai-pantai yang mempesonakan, pulau indah ini pastinya dalam senarai tempat untuk dikunjungi semua orang. Layari https://www.youtube.com/c/NaturallyLangkawi untuk melihat video terkini mengenai Langkawi. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Langkawi
#pelancongan
#LADA
#Best Wey
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan