Skip to main content

Malaysia

Polis kesan tiga remaja perempuan hilang di Kota Kinabalu

Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah Kota Kinabalu.
Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah Kota Kinabalu.

Ringkasan AI

  • Polis Kota Kinabalu memohon bantuan orang ramai mengesan tiga remaja perempuan hilang dalam kejadian berasingan di daerah itu.
  • Lorna Palmani, 17, Olivia Jeffrey, 16, dan Farha Nabila Abdullah, 14, dilaporkan hilang sejak 22 Oktober, 7 November dan 9 November lalu.
  • Orang ramai diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran jika mempunyai maklumat.
Advertisement

KOTA KINABALU: Polis memohon bantuan orang ramai bagi mengesan tiga remaja perempuan yang dilaporkan hilang dalam kejadian berasingan di sekitar daerah ini.

Dalam kenyataan hari ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu memaklumkan remaja berkenaan ialah Lorna Palmani, 17, dari Kampung Numbak, One Borneo, Menggatal yang dilaporkan hilang sejak 22 Okt lepas.

Turut dikesan ialah Olivia Jeffrey, 16, dari Taman Richdar, Menggatal yang hilang sejak 7 Nov serta Farha Nabila Abdullah, 14, dari Kampung Sinulihan, Inanam yang dilaporkan hilang 9 Nov lepas.

Advertisement

“Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kesemua remaja berkenaan diminta menghubungi terus IPD Kota Kinabalu melalui talian 088-529222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Advertisement

 

Must Watch Video

Advertisement