Skip to main content

Bisnes

BMW perkenal sebuah lagi kereta konsep, warna panel berubah guna e-ink

Sumber: AMANZ
- Foto Amanz

EMPAT tahun lalu di CES, BMW memperlihatkan kereta konsep BMW iX Flow yang boleh berubah warna kerana tubuh dilitupi panel skrin e-ink monokrom.

Ini kemudiannya diikuti pula oleh konsep  BMW i Vision Dee dengan panel e-ink berwarna pada tahun 2023.

Advertisement

Setelah sekian lama tiada kemas kini mengenai projek ini, BMW iX3 Flow Edition diperlihatkan pula di Beijing Auto Show.

BMW iX3 Flow Edition masih dilengkapi panel e-ink tetapi hanya pada bahagian hud hadapan.

Apabila tidak diaktifkan, hud nampak seperti kenderaan biasa berwarna kelabu.

Panel e-ink BMW iX3 Flow Edition boleh diubah untuk memaparkan beberapa tona warna putih ke kelabu dengan ia juga boleh diprogramkan untuk memaparkan animasi.

Seperti dua kenderaan konsep sebelum ini, BMW iX3 Flow Edition juga masih sekadar eksperimen menunjukkan bagaimana teknologi e-ink boleh digunakan pada tubuh kenderaan.

Antaranya ialah animasi pada hud berubh mengikut muzik didengari dalam kabin.

Pada kenderaan kecemasan pula, ia boleh memaparkan maklumat kepada kenderaan sekeliling.

Pada waktu yang sama jika kenderaan diletakkan di kawasan terbuka, kereta boleh diubah ke warna putih untuk mengurangkan bahang dalam kabin.

Must Watch Video