KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) terus memberikan tumpuan pada usaha menyokong pemulihan ekonomi yang mampan pada tahun 2022, berlatarkan antara lainnya keadaan yang pantas berubah dan ketidakpastian berhubung dengan perkembangan COVID-19, konflik geopolitik dan gangguan rantaian bekalan.
Dalam Laporan Tahunan 2021 yang dikeluarkan hari ini, BNM berkata sehubungan dengan itu, pendirian dasar monetari akan terus didorong oleh data dan implikasinya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Katanya, selain itu, dasar-dasar Bank dan dasar-dasar makroekonomi yang lain kekal penting dalam memastikan pemulihan yang mampan serta menghindarkan bebanan yang berlebihan terhadap mana-mana instrumen dasar tersebut.
"Operasi monetari akan memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam pasaran pertukaran asing,wang dan bon Kerajaan.
"Dasar dan operasi monetari ini juga akan menjadi pelengkap kepada dasar-dasar Bank yang lain bagi memastikan pasaran kewangan domestik dan pengantaraan kewangan berfungsi dengan lancar," kata BNM.
Selanjutnya, Bank akan terus bekerjasama dengan Kerajaan dalam melaksanakan langkah-langkah dasar yang relevan bagi memastikan ekonomi berjaya mengharungi krisis dan mengukuhkan daya tahannya untuk masa hadapan, kata laporan itu.
BNM berkata memandangkan perubahan yang akan berlaku dalam persekitaran ekonomi dan kewangan ini, dan juga kemungkinan kejutan, Bank akan terus menilai keteguhan rangka kerja dasar monetarinya.
"Akhirnya, semua ini bertujuan untuk memastikan rangka kerja dasar monetari Bank kekal relevan dan sesuai-untuk tujuan dalam memelihara kemampuan bank pusat mencapai mandat dasar monetarinya dan di samping itu menghasilkan daya tahan sistem kewangan dan makroekonomi yang kukuh," katanya.
Dalam usaha menyokong Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan menasihati Kerajaan, Bank menjalankan pengawasan beranalisis yang rapi dan tepat pada masanya serta penyelidikan yang mendalam.
Pada tahun 2021, bidang tumpuan utama dalam tempoh terdekat termasuk menilai kekukuhanpemulihan ekonomi Malaysia berdasarkan perkembangan pandemik.
"Bank telah menilai kekurangan cip semikonduktor global dan kesannya terhadap ekonomi Malaysia dan mengemas kini anggaran kesan ekonomi daripada langkah-langkah pembendungan dalam negeri.
"Selain itu, Bank menganalisis amalan penetapan harga oleh perniagaan dalam negeri semasa pandemik," tambah laporan itu.
Menurut laporan itu, Rangka Kerja Kadar Rujukan (RRF) juga telah ditambah baik, berikutan penilaian Bank terhadap keberkesanannya dalam mencapai hasil yang dihasratkan sejak pertama kali diperkenalkan pada bulan Januari 2015.
"Di bawah RRF yang dikemas kini ini, yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos 2022, kadar rujukan, iaitu Kadar Asas Standard (SBR) akan diselaraskan merentasi bank-bank dan dihubungkan hanya kepada kadar dasar semalaman (OPR).
"Pengemaskinian ini memudahkan transmisi dasar monetari yang berkesan memandangkan pelarasanbayaran balik pinjaman akan dilaksanakan apabila OPR berubah.
"Tindakan ini juga akan meningkatkan ketelusan dan kebolehbandingan kadar pemberian pinjaman runcit merentasi bank," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Dalam Laporan Tahunan 2021 BNM berkata pendirian dasar monetari akan terus didorong oleh data dan implikasinya terhadap prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. - Gambar fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
BNM masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung premium insurans perubatan - PM Anwar
Bank Negara Malaysia masih berunding dengan pihak berkepentingan berhubung cadangan kenaikan kadar premium insurans perubatan.
Suri rumah rugi RM130,000 selepas terperdaya tawaran kerja dalam talian
Seorang suri rumah berusia 50-an kerugian RM130,000 selepas menjadi mangsa penipuan tawaran kerja sambilan dalam talian di sini pada awal November lepas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Aset rizab rasmi Malaysia AS$117.59 bilion akhir Oktober 2024 - BNM
Aset rizab rasmi berjumlah AS$117.59 bilion, manakala aset mata wang asing lain berjumlah AS$5.7 juta pada akhir Oktober 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
BNM arah ITO semak kenaikan caj premium perubatan agar harga lebih wajar
Syarikat insurans dan pengendali takaful (ITO) diarah untuk menyemak strategi penentuan semula harga insurans perubatan serta kesihatan (MHIT) untuk memastikan ia lebih wajar.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.