ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 27 Oktober 2026.
Dua wartawan kemalangan: Pemandu lori dakwa 'microsleep' - Polis
Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua wartawan di Menglembu pada Ahad lepas, mendakwa kejadian itu berpunca daripada microsleep atau terlelap seketika, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.
- Pelajar kolej dapat upah RM1,000 simbah cat, baling molotov cocktail
Dua pelajar kolej antara tiga lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam kegiatan khianat membabitkan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol berisi petrol yang dibakar di beberapa negeri sejak September lalu.
- Peneroka Felda maut ditetak dengan kapak
Seorang peneroka maut selepas ditetak dalam kejadian Felda Lok Heng Selatan, di Kota Tinggi, pada Isnin.
PRN Sarawak: Surat pembubaran DUN dihantar kepada SPR hari ini - Speaker
Surat pemakluman pembubaran DUN Sarawak telah dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini oleh Speaker Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
Nik Nazmi selesai beri keterangan berhubung kes khalwat
Kehadiran beliau di JAIS adalah bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
Jerebu: Kerajaan nafi syarikat perladangan Malaysia terbabit pembakaran hutan di Indonesia
Pemantauan MPOB mendapati kebakaran tidak bermula di ladang milik syarikat Malaysia, sebaliknya api merebak dari kawasan lain.
- Super El Nino: Malaysia berisiko alami cuaca lebih panas hujung Januari hingga Mac 2027
Malaysia berpotensi mengalami cuaca lebih panas dan kering pada penghujung Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027, khususnya antara penghujung Januari hingga Mac tahun depan susulan jangkaan fenomena Super El Nino yang boleh mengurangkan taburan hujan.
- Kecederaan Noorizwan konsisten dengan trauma tumpul, bukan perbuatan sendiri - Kumar
Hasil pemeriksaan pakar perunding perubatan forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) mendapati kecederaan pada tubuh Noorizwan Zulkefly konsisten dengan trauma tumpul dan bukan akibat perbuatan sendiri.
- PRN Melaka: MCA belum anggap positif pertemuan agihan kerusi - Wee Ka Siong
MCA masih belum menganggap pertemuan dengan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung pengagihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai perkembangan positif.
- PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi penyandang, rampas kerusi berpotensi
Pakatan Harapan (PH) menyasarkan untuk mempertahankan semua kerusi penyandangnya, selain mengintai peluang merampas beberapa kerusi berpotensi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka nanti.