Bank Negara Malaysia dijangka tidak membuat sebarang perubahan ke atas Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang akan datang pada 5 Nov berikutan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) semalam.
Rizab Persekutuan AS menurunkan penanda aras kadar faedahnya untuk kali ketiga pada tahun ini sebanyak 25 mata asas kepada antara 1.5 dan 1.75 peratus, yang berada sejajar dengan jangkaan.
Ia merupakan penurunan kadar yang ketiga selepas Julai dan September, hampir bertentangan dengan empat kenaikan kadar pada 2018.
Firma penyelidikan berkata walaupun Fed telah memberi petunjuk bahawa tiada lagi penurunan, mereka berpendapat bank pusat itu akan mengambil pendekatan tunggu dan lihat sebelum tempoh penurunan kadar yang akan datang.
AmBank Research berkata ia mencari petunjuk sama ada Fed mungkin mula memberi isyarat penyesuaian dasar, yang wujud susulan sembilan kenaikan kadar sejak Disember 2015, akan berkurangan.
Bagaimanapun, katanya isyarat baharu mencadangkan peningkatan tahap kebergantungan data berbanding hasrat berterusan untuk menyelaraskan kadar lebih rendah.
"Oleh itu, kami kini meletakkan peluang penurunan kadar pada Disember rendah sebanyak 30 peratus daripada sebelumnya 60 peratus dengan ruang kepada perubahan berdasarkan potensi data yang masuk.
"Di peringkat tempatan, kami mengulangi peluang kepada tiada penurunan kadar oleh BNM pada mesyuarat MPC pada 5 Nov sebanyak 60 peratus," katanya dalam nota hari ini.
Sementara itu, Kenanga Research menyatakan kebimbangan mengenai prospek pertumbuhan Malaysia pada masa depan.
Walaupun terdapat isyarat positif bahawa perjanjian perdagangan AS-China akan dimuktamadkan tidak lama lagi, impak daripada tarif yang lebih tinggi akan menjejaskan pertumbuhan dan perdagangan global pada masa depan, katanya.
Firma penyelidikan itu berkata masih sukar untuk menjangka sebarang petunjuk yang akan mencetuskan pemulihan dalam pertumbuhan global yang pantas dan mampan dalam tempoh terdekat, yang akan bermakna pemacu pertumbuhan Malaysia, pembuatan dan eksport, akan terus lemah sekurang-kurangnya untuk tempoh enam hingga 12 bulan lagi.
Bagaimanapun, Belanjawan Persekutuan 2020 baru-baru ini menunjukkan kerajaan terus komited kepada perbelanjaan, lebih bijak walaupun kekangan bajet, untuk merangsang ekonomi.
"Langkah ini akan membantu menyokong ekonomi dan mengurangkan keperluan untuk bergantung kepada dasar monetari.
"Memandangkan ini mengurangkan kemungkinan BNM akan menurunkan OPR, kami menjangka bank pusat itu akan mengekalkan faedah utama pada 3.00 peratus pada mesyuarat MPC yang keenam dan akhir untuk tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 31 2019
BNM dijangka mengekalkan faedah utama pada 3.00 peratus pada mesyuarat MPC yang keenam dan akhir untuk tahun ini. - Gambar fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.