BUSINESS
BNM kenakan penalti atas empat institusi kewangan kerana langgar peraturan

Bank pusat itu berkata, penalti turut dikenakan kerana ketidakpatuhan dengan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran kepada empat bank, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), HSBC Bank Malaysia Bhd, HSBC Amanah Malaysia Bhd dan Maybank Islamic Bhd atas pelbagai pelanggaran peraturan kewangan.
Ringkasan AI
- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari kepada empat bank BPMB, HSBC Bank Malaysia, HSBC Amanah Malaysia dan Maybank Islamic atas pelanggaran pelbagai peraturan kewangan.
- Penalti tertinggi dikenakan ke atas HSBC Bank Malaysia sebanyak RM3.26 juta, manakala BPMB dikenakan RM493,500 dan Maybank Islamic RM1.2 juta, berkaitan isu pematuhan undang-undang AML/CFT, saringan sekatan, dan sistem maklumat kredit.
- Kesemua penalti berkait dengan ketidakpatuhan terhadap undang-undang seperti Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dan Akta Institusi Kewangan Pembangunan 2002.
Penalti tersebut dikenakan kerana ketidakpatuhan terhadap Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 serta keperluan berkaitan Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran dan Sekatan Kewangan Bersasar untuk Institusi Kewangan.
BNM juga mengumumkan bahawa bank pusat itu pada 3 Mac, 2025 mengenakan penalti sebanyak RM1.2 juta kepada Maybank Islamic Bhd kerana ketidakpatuhan dengan seksyen 155(3)(b) Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
Bank pusat itu berkata, penalti turut dikenakan kerana ketidakpatuhan dengan Dokumen Dasar Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami