awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah

Bernama
Bernama
17/12/2024
05:10 MYT
BNM lantik semula tiga ahli Majlis Penasihat Syariah
Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Mufti Selangor, Datuk Setia Dr Anhar Opir, Dr Marjan Muhammad dan Dr Ahmad Basri Ibrahim sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) BNM. - Gambar fail AFP
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan semula Mufti Selangor, Datuk Setia Dr Anhar Opir, Dr Marjan Muhammad dan Dr Ahmad Basri Ibrahim sebagai ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) BNM.
Dalam kenyataan pada Selasa, BNM menjelaskan, Dr Marjan ialah Timbalan Presiden Penyelidikan Universiti INCEIF manakala Dr Ahmad Basri ialah Ketua Pengurusan Syariah Permodalan Nasional Bhd.
Menurut bank pusat, Anhar dilantik semula dari 1 Nov, 2024 hingga 31 Okt, 2026 manakala Marjan dari 1 Nov, 2024 hingga 31 Okt, 2027 dan Ahmad Basri dilantik dari 1 Jan, 2025 hingga 31 Dis, 2027.
Pelantikan itu dibuat menurut seksyen 53(1) Akta Bank Negara Malaysia 2009, jelas BNM.
"Dengan pelantikan semula ini, MPS akan dibarisi tujuh orang ahli yang berkepakaran dan berpengalaman dalam bidang syariah, kewangan Islam dan undang-undang.
"Ahli MPS ialah Profesor Universiti INCEIF Prof Dr Ashraf Md Hashim sebagai Pengerusi manakala Profesor Kehormat Institut Perbankan dan Kewangan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Engku Rabiah Adawiah Engku Ali sebagai Timbalan Pengerusi," tambah BNM.
Sementara itu, ahli lain ialah Profesor Universiti INCEIF, Datuk Prof Dr Mohamad Akram Laldin dan Ahli Jawatankuasa Penasihat Haji, Lembaga Tabung Haji, Burhanuddin Lukman.
Dalam pada itu, BNM juga merakamkan penghargaan kepada Tan Sri Mohd Zawawi Salleh dan Zainal Abidin Jamal atas sumbangan yang tidak ternilai semasa tempoh perkhidmatan mereka.
Mohd Zawawi akan melengkapkan tempoh perkhidmatan sebagai ahli MPS pada 31 Dis, 2024 manakala Zainal Abidin telah menyempurnakan tempoh perkhidmatan beliau pada 31 Okt, 2024.
"Mohd Zawawi dan Zainal Abidin telah memberikan sumbangan besar kepada perbincangan MPS dan keseluruhan pembangunan kewangan Islam di Malaysia," jelas BNM.
MPS merupakan badan berautoriti tertinggi bagi menentukan hukum syarak berhubung dengan perniagaan kewangan Islam di Malaysia di samping berfungsi sebagai penasihat kepada BNM mengenai sebarang isu syariah yang berkaitan dengan perniagaan, aktiviti atau transaksi kewangan Islam. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#Majlis Penasihat Syariah BNM
#Mufti Selangor
#kewangan Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan