WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, beliau berhasrat untuk melarang penggunaan istilah artificial intelligence (AI) atau kecerdasan buatan dalam dokumen rasmi dan penggunaan lain kerana menganggap istilah itu tidak tepat.
Trump sebaliknya mempersoalkan mengapa akhbar Wall Street Journal tidak menggunakan istilah pilihan beliau, iaitu super intelligence (SI).
“Bilakah Wall Street Journal akan mula memanggil Artificial Intelligence (AI), sebuah nama yang buruk dan tidak tepat sebagai SI (Super Intelligence), nama yang digunakan oleh hampir semua orang, atau akan digunakan tidak lama lagi?” kata Trump menerusi satu hantaran di platform Truth Social.
Beliau turut memaklumkan, pentadbirannya akan mengambil langkah rasmi untuk menghentikan penggunaan istilah AI.
“Dalam masa terdekat, kami akan melarang secara rasmi penggunaan istilah ‘AI/Artificial Intelligence’ dalam semua dokumen yang berkaitan dan juga dalam segala perkara lain kerana ia tidak tepat,” katanya. - Agensi