awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM naikkan OPR kepada 2.0 peratus

Nailah Huda
Nailah Huda
11/05/2022
07:28 MYT
BNM naikkan OPR kepada 2.0 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia memutuskan untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut meningkat masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.
Peningkatan itu bagaimanapun tidak dijangkakan sebelum ini, apabila pakar-pakar ekonomi rata-rata mengunjurkan OPR akan kekal pada 1.75 untuk suku tahun ini, seperti dalam tinjauan yang dilakukan oleh organisasi media seperti Astro AWANI, Reuters dan Bloomberg.
Sebaliknya, pakar-pakar ekonomi menjangkakan BNM hanya akan menaikkan OPR pada suku ketiga tahun ini.
Menurut BNM, kenaikan kadar tersebut antara lain didorong oleh pembukaan semula ekonomi global dan penambahbaikan dalam pasaran buruh yang terus menyokong pemulihan aktiviti ekonomi.
“Hal ini telah mengurangkan sebahagian daripada kesan konflik ketenteraan di Ukraine dan langkah-langkah pembendungan yang ketat di China.
“Dengan pertumbuhan dalam negeri yang semakin kukuh, MPC mengambil keputusan untuk mula mengurangkan tahap akomodasi monetari,” menurut kenyataan itu.
Tambah BNM, bagi ekonomi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih mantap dalam keadaan pertumbuhan eksport yang mampan.
Justeru, BNM mengunjurkan inflasi keseluruhan berpurata antara 2.2 peratus hingga 3.2 peratus pada tahun 2022.
“Memandangkan peningkatan kegiatan ekonomi dalam keadaan tekanan kos yang berlarutan, inflasi asas seperti yang diukur oleh inflasi teras dijangka meningkat untuk mencatatkan purata antara 2.0% hingga 3.0% pada tahun 2022.
“Walau bagaimanapun, tekanan harga menaik akan dibendung sebahagiannya oleh kawalan harga yang sedia ada dan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.”
Jelas BNM, prospek inflasi terus dipengaruhi oleh perkembangan harga komoditi global yang berpunca terutamanya daripada konflik ketenteraan yang berterusan di Ukraine serta gangguan berkaitan bekalan yang berlanjutan, di samping langkah-langkah dasar dalam negeri mengenai harga yang ditadbir.
Topic Berkaitan
#OPR
#kadar dasar semalaman
#Bank Negara
#Jawatankuasa Dasar Monetari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan