awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
Roy Azman masih dirawat di hospital, pembedahan ditangguh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor

Bernama
Bernama
13/06/2024
00:00 MYT
BNM sedang teliti pelbagai langkah untuk kestabilan ringgit - Timbalan Gabenor
Adnan Zaylani berkata, BNM bekerjasama rapat dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat asing sejak Februari untuk membawa pulang pendapatan asing. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti pelbagai langkah dan inisiatif lain yang boleh dilakukan untuk memastikan ringgit kekal stabil dan disokong, termasuk melibatkan kerjasama syarikat korporat bagi membawa pulang pendapatan mereka ke dalam pasaran.
Timbalan Gabenor Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata bank pusat telah berbincang dengan beberapa syarikat korporat yang mempunyai baki mata wang asing bahawa mereka digalakkan membawa pulang dan menukar mata wang asing mereka.
"Kita akan memberi kelulusan kepada mereka untuk melabur di luar negara apabila sampai masanya. Jika mereka perlu melabur di luar negara dan telah menyusun pelaburan, maka mereka boleh datang kepada kita untuk mendapatkan kelulusan.
"Kita telah berjanji dengan mereka bahawa BNM akan memudahkannya," katanya semasa sesi panel 'Ringgit, Bon dan Pasaran Ekuiti' di Simposium Sasana Bank Negara Malaysia 2024 di sini, semalam.
Beliau berkata BNM bekerjasama rapat dengan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan syarikat asing sejak Februari untuk membawa pulang pendapatan asing dan usaha itu telah banyak memberi manfaat kepada Malaysia.
"Jika anda meneliti prestasi ringgit ketika BNM memulakan usaha itu dan hari ini, mata wang tempatan telah mencapai prestasi baik dan meningkat berbanding dolar AS (Amerika Syarikat) sebanyak hampir 1.2 peratus sekarang," katanya.
Adnan Zaylani berkata walaupun ringgit mengukuh berbanding beberapa mata wang asing, unit domestik juga rendah berbanding beberapa mata wang asing lain sejak dua tahun lepas apabila Rizab Persekutuan AS (Fed) mula menaikkan kadar faedah.
"Oleh itu, perkara tersebut perlu dimasukkan ke dalam konteks keseluruhan yang memacu prestasi. Faktor lain ialah isu geopolitik semasa yang terus menimbulkan ketidaktentuan serta prospek pertumbuhan China," katanya.
Melangkah ke hadapan, Timbalan Gabenor berkata terdapat jangkaan yang Fed menurunkan kadar faedah tahun ini sekali gus keadaan itu akan menggalakkan bagi ringgit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#mata wang asing
#syarikat korporat
#Adnan Zaylani Mohamad Zahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan