Skip to main content

Malaysia

Lelaki direman tujuh hari bantu siasatan ibu maut dijerut

Polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Foto Sinar Harian
Polis menahan anak lelaki mangsa dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Foto Sinar Harian
Advertisement

SHAH ALAM: Seorang lelaki yang dipercayai menjerut leher ibunya sehingga maut di sebuah rumah di Banting, Kuala Langat semalam direman hingga Jumaat depan.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata ujian saringan awal air kencing suspek berusia 20-an itu juga didapati positif dadah methamphetamine. 

“Motif kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Advertisement

Semalam, Mohd Akmalrizal mengesahkan penahanan seorang lelaki berhubung kejadian seorang wanita tempatan berusia 50-an maut akibat dijerut susulan aduan diterima pada kira-kira 1 tengah hari.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement