KHAS buat usahawan mikro yang terjejas akibat pandemik COVID-19, ini adalah berita gembira dan peluang untuk anda meneruskan kelangsungan perniagaan.

Bank Simpanan Nasional (BSN) menyeru para usahawan mikro yang terjejas untuk membuat permohonan pembiayaan segera melalui Skim Mikro Kredit PEMERKASA yang disediakan bermula 1 April yang lalu.

Skim Mikro Kredit PEMERKASA ini menyediakan bantuan kewangan sehingga RM50,000 dengan kadar keuntungan sebanyak tiga peratus (3%) dan tempoh pembiayaan antara satu (1) hingga lima setengah (5.5) tahun. Pembayaran ansuran bulanan hanya akan bermula selepas bulan keenam.

BSN menawarkan lima (5) pilihan skim pembiayaan Islamik dan konvensional seperti berikut:

1. BSN Micro/i PEMERKASA bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

Kelayakan:
2. BSN Micro/i PEMERKASA-NITA bagi usahawan wanita yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

Kelayakan:
3. BSN Micro/i PEMERKASA BELIA bagi usahawan muda berusia 30 tahun dan ke bawah yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

Kelayakan:
4. BSN Micro/i PEMERKASA ISTIMEWA bagi usahawan orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan dana untuk modal kerja dan pembelian aset.

Gambar BSN

Kelayakan:
5. BSN Micro/i PEMERKASA MAMPAN adalah bagi perusahaan mikro yang mempunyai syarikat milikan tunggal, perkongsian atau syarikat Sdn. Bhd yang memerlukan dana bagi menampung kos-kos tetap operasi perniagaan sehingga enam (6) bulan termasuk gaji pekerja, bil utiliti dan sewaan.

Gambar BSN

Kelayakan:
Jenis-jenis sektor perniagaan yang layak untuk memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA adalah seperti berikut:
Untuk memohon Skim Mikro Kredit PEMERKASA, orang ramai boleh melayari laman sesawang BSN di www.bsn.com.my atau menghubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 1-300-88-1900 untuk maklumat lanjut.



*Artikel ini adalah kandungan berbayar.