awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa AS ditutup tinggi, angka inflasi tinggi

Astro Awani
Astro Awani
14/04/2021
00:16 MYT
Bursa AS ditutup tinggi, angka inflasi tinggi
Pelabur turut membeli bon perbendaharaan, menolak turun hasil susulan kadar faedah dijangka kekal rendah untuk tempoh lama. - Foto fail
Saham di pasaran Amerika ditutup tinggi dalam dagangan Selasa selepas pelabur mengambil kira perkembangan terkini berkenaan vaksin Johnson and Johnson dan kadar inflasi Amerika yang kukuh.
Menurut laporan Reuters, saham Johnson and Johnson jatuh lebih 1 peratus selepas penggunaan vaksin keluarannya ditangguhkan susulan pembekuan darah yang dialami enam wanita.
Indeks Dow Jones pula jatuh 68 mata, Indeks S and P 500 naik 13 mata dan Nasdaq naik 146 mata.
Dalam masa yang sama, pelabur turut membeli bon perbendaharaan, menolak turun hasil susulan kadar faedah dijangka kekal rendah untuk tempoh lama.
Menurut pakar strategi pelaburan yang dipetik Reuters, berita berkenaan vaksin Johnson and Johnson dijangka memberikan ketidaktentuan jangka pendek.
Namun menurutnya, pelabur dijangka kekal percaya dalam pemulihan ekonomi.
Pelabur akan memberi perhatian kepada keputusan korporat Goldman Sachs, JP Morgan dan Wells Fargo yang akan diumum lewat hari ini.
Topic Berkaitan
#AS
#wanita
#pelaburan
#vaksin
#Nasdaq
#Indeks S and P
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan