awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bursa Malaysia catat kenaikan tetapi kemudian merosot disebabkan sentimen lemah

Bernama
Bernama
24/03/2025
03:20 MYT
Bursa Malaysia catat kenaikan tetapi kemudian merosot disebabkan sentimen lemah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang kukuh tetapi kemudiannya merosot disebabkan kekurangan pemangkin baharu.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.93 mata kepada 1,503.52 daripada 1,505.45 pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 1.05 mata kepada 1,506.50.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 151 berbanding 100, dengan 248 kaunter tidak berubah, 1,927 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 106.07 juta saham bernilai RM43.71 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi pada Jumaat lepas apabila pilihan saham dan indeks, bersama dengan niaga hadapan indeks dan saham tunggal, tamat tempoh.
"Walaupun ketiga-tiga indeks utama meningkat semula daripada paras terendah harian, dagangan kekal tidak menentu berikutan sentimen kekal berhati-hati dalam ketidaktentuan tarif.
"Sementara itu, hasil Perbendaharaan 10 tahun Amerika Syarikat meningkat kepada 4.25 peratus," katanya kepada Bernama.
Di peringkat tempatan, katanya FBM KLCI ditutup dalam julat positif tetapi sentimen pasaran kekal lemah dengan aliran keluar dana asing yang berterusan.
"Walaupun terdapat sokongan belian awal, ia berkurangan apabila jualan asing meningkat. Sehubungan itu, kami menjangka indeks akan berada dalam julat 1,500 hingga 1,510 hari ini," katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 2.0 sen kepada RM10.20 dan IHH Healthcare naik 12.0 sen kepada RM7.02.
Sebaliknya, CIMB Group dan Public Bank, masing-masing berkurangan 2.0 sen kepada RM6.83 dan RM4.47 serta Tenaga Nasional susut 4.0 sen kepada RM13.52.
Dalam kalangan saham aktif, Saliran Group menambah 1.0 sen kepada 26.5 sen dan MMAG Holdings naik setengah sen kepada 78.5 sen.
Kanger International merosot setengah sen kepada 3.5 sen dan ES Sunlogy berkurangan 2.0 sen kepada 26.0 sen manakala Sapura Energy mendatar pada 4.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM ACE berkurangan 6.57 mata kepada 4,818.07, Indeks FBM 70 merosot 32.50 mata kepada 16,255.50, Indeks FBM Emas susut 10.90 mata kepada 11,294.80.
Indeks FBMT 100 berkurangan 16.30 mata kepada 11,045.08 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 3.03 mata kepada 11,024.14.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 3.79 mata kepada 755.59 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 36.51 mata kepada 18,403.32, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.11 mata kepada 153.32 dan Indeks Perladangan berkurangan 4.51 mata kepada 7,445.42.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#fbm klci
#Wall Street
#Indeks petunjuk pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan