Skip to main content

Malaysia

[TERKINI] Ahmad Zahid, Mohamad Hasan menghadap Tuanku Muhriz

Ahmad Zahid (foto) tiba di Istana Hinggap petang ini, bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.  -fotoBERNAMA
Ahmad Zahid (foto) tiba di Istana Hinggap petang ini, bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir. -fotoBERNAMA

Ringkasan AI

  • Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden Mohamad Hasan menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap bagi membincangkan kemelut politik Negeri Sembilan.
  • Krisis bermula selepas Datuk Seri Ismail Lasim didakwa meletak jawatan sebagai Menteri Besar, namun beliau menafikan memberi persetujuan surat peletakan jawatan itu.
  • Istana Negeri Sembilan menegaskan peletakan jawatan hanya sah selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz dan Ismail perlu buktikan sokongan majoriti ADUN.
Advertisement

SEREMBAN: Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di Istana Hinggap di sini pada 3 petang, bagi menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Terdahulu, Tuanku Muhriz berangkat tiba di istana berkenaan kira-kira 1.30 tengah hari.

Turut hadir, Menteri Besar Datuk Ismail Lasim yang tiba di istana berkenaan pada 1.18 tengah hari tadi.

Advertisement

Difahamkan pertemuan itu bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri ini terutamanya mengenai status Menteri Besar.

Kemelut politik Negeri Sembilan tercetus pada 16 Nov lepas apabila Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengumumkan Ismail meletak jawatan sebagai Menteri Besar.

Advertisement

Zambry berkata Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN Ahmad Zahid menerima salinan surat peletakan jawatan itu dan akan mengemukakan cadangan calon pengganti kepada Tuanku Muhriz.

Bagaimanapun, Istana Negeri Sembilan pada 17 Nov memaklumkan bahawa peletakan jawatan Menteri Besar hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan Tuanku Muhriz.

Pada 20 Nov, Ismail berkata beliau tidak mengemukakan atau memberi persetujuan untuk surat peletakan jawatan itu diserahkan kepada Tuanku Muhriz.

Istana kemudian menjelaskan bahawa Ismail perlu membuktikan beliau masih mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi menentukan kedudukannya sebagai Menteri Besar.

Perkembangan itu menyusul selepas 24 ADUN BN dan Perikatan Nasional (PN) dilaporkan mencapai kesepakatan untuk mematuhi keputusan kepimpinan parti masing-masing berhubung penyelesaian kemelut politik negeri.

Ismail yang juga ADUN Juasseh, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada 2 Ogos lepas.

Pada Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan ke-16, BN memenangi 18 kerusi manakala PN memperoleh tujuh kerusi daripada keseluruhan 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement