KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat dalam persekitaran prestasi Wall Street yang lemah berikutan peniaga kekal tidak memasuki pasaran menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang baharu dikeluarkan hari ini, kata penganalisis.
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,583.53.
Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 220 berbanding 182, dengan 332 kaunter tidak berubah, 1,679 tidak diniagakan dan 45 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 287.08 juta unit bernilai RM164.32 juta.
Dilaporkan Wall Street ditutup pada paras tidak berubah semalam yang menyaksikan Dow Jones Industrial Average naik 0.09 peratus atau 36 mata manakala Nasdaq menambah 0.3 peratus atau 53 mata.
Sementara itu, hasil 10 tahun AS merosot kepada 4.286 peratus berikutan tuntutan pengangguran yang tinggi menunjukkan pasaran pekerjaan AS yang lemah.
Ketua Penyelidikan Rakuten Trade Research Kenny Yee percaya corak dagangan di bursa tempatan akan lemah hari ini menjelang data Perbelanjaan Penggunaan Peribadi AS dikeluarkan.
"Oleh itu, kami menjangka indeks petunjuk pasaran akan diniagakan antara 1,580 dan 1,590 hari ini," katanya kepada Bernama.
Saham wajaran tinggi Maybank merosot dua sen kepada RM9.94, Tenaga Nasional susut 28 sen kepada RM13.66 dan CIMB berkurangan satu sen kepada RM6.76.
Sementara itu, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.01 dan IHH Healthcare naik dua sen kepada RM6.30.
Bagi kaunter paling aktif, Jaks Resources, Sapura Energy dan OCR Group, masing-masing meningkat setengah sen kepada 16.5 sen, empat sen dan 11.5 sen.
Ingenieur Gudang merosot setengah sen kepada 5.5 sen dan YNH Property naik tiga sen kepada 52.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 7.46 mata kepada 12,153.38, Indeks FBMT 100 jatuh 7.49 mata kepada 11,740.50, Indeks FBM Emas Shariah merosot 8.22 mata kepada 12,488.02 dan Indeks FBM ACE susut 1.44 mata kepada 5,687.54.
Bagaimanapun, Indeks FBM 70 naik 7.69 mata kepada 17,727.84.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga naik 2.02 mata kepada 951.64, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan meningkat 0.36 mata kepada 195.61 dan Indeks Perladangan menambah 7.12 mata kepada 6,957.94, bagaimanapun Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 14.61 mata kepada 17,405.71.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.70 mata kepada 1,583.24 daripada 1,584.94 pada Khamis. -Gambar fail/Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.84 mata kepada 1,603.13 daripada 1,608.97 semalam.
Dagangan saham Axiata digantung sementara tunggu pengumuman
Syarikat telekomunikasi itu berkata Bursa Securities telah meluluskan permintaannya untuk penggantungan.
Bursa Malaysia ditutup rendah dalam dagangan kecil
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan kecil dengan jumlah dagangan susut di bawah paras tiga bilion saham, di tengah-tengah prestasi lemah di Wall Street semalaman.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki prestasi semalaman Wall Street
Pada pukul 9.22 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.20 mata kepada 1,611.63 daripada 1,611.63 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Bursa Malaysia dibuka rendah di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street
Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di Wall Street pada Jumaat lepas.
Bursa dibuka dengan catat sedikit perubahan dalam sentimen pasaran bercampur-campur
Pada 9.05 pagi, Indeks FBM KLCI meningkat 1.16 mata kepada 1,608.12 daripada 1,606.96 semasa ditutup pada Selasa.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.94 mata kepada 1,600.42 daripada 1,595.48 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup rendah, dipengaruhi kaunter utiliti, logistik
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat, berikutan penjualan saham wajaran tinggi terpilih yang meningkat semasa jam terakhir dagangan, terutama di kaunter utiliti dan logistik.
Tiada petunjuk baharu, prospek dasar as asak Bursa Malaysia susut pada dagangan awal
Bursa Malaysia meneruskan aliran penurunan pada Jumaat, didorong oleh kekurangan petunjuk baharu Wall Street.