KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk dibuka lebih rendah secara meluas pada pagi urus niaga Isnin dengan peserta pasaran dilihat memantau dengan teliti keadaan semasa serta sebarang potensi risiko penurunan kepada situasi kewangan berikutan krisis Silicon Valley Bank (SVB).
Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat.
Indeks utama dibuka 13.66 mata lebih rendah kepada 1,419.42.
Pergerakan harga di pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 487 berbalas 53, manakala 181 kaunter tidak berubah, 1,514 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.
Jumlah dagangan adalah sebanyak 537.88 juta unit bernilai RM182.50 juta.
Ketua Ekonomi, Analisis pasaran dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata krisis SVB bermula apabila bank yang berpangkalan di AS itu mengumumkan rancangannya untuk menyokong imbangan kira-kiranya dengan menerbitkan saham biasa dan saham pilihan berjumlah US$2.25 bilion, serta menjual portfolio "tersedia untuk dijual" bernilai sehingga US$21 bilion. (US$1=RM4.51)
"Ini telah menyebabkan kejatuhan harga saham mereka daripada US$267.83 pada 8 Mac kepada US$106.04 pada 9 Mac.
"Setakat ini, kerajaan AS telah bertindak pantas dalam memberikan sokongan kepada Perbendaharaan AS," katanya.
Di pasaran tempatan, Maybank turun dua sen kepada RM8.38, CIMB susut satu sen kepada RM5.29, Public Bank lemah tiga sen kepada RM3.99 dan Hong Leong Bank menguncup 20 sen kepada RM20.20, manakala CelcomDigi naik tiga sen kepada RM4.16.
Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated turun setengah sen kepada 14.5 sen, BSL susut 6.5 sen kepada tujuh sen, Iris dan Minda Global lemah satu sen setiap satu kepada 10.5 sen dan 11.5 sen dan Sapura Energy naik satu sen kepada 5.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 134.46 mata kepada 10,315.55, Indeks FBM 70 turun 138.61 mata kepada 13,154.28 manakala Indeks FBMT 100 lemah 128.04 mata menjadi 10,003.45.
Indeks FBM Emas Syariah pula menyusut 79.74 mata kepada 10,593.23, dan Indeks FBM ACE turun 83.43 mata kepada 5,244.36.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 336.59 mata kepada 15,628.39, Indeks Tenaga turun 12.57 mata kepada 844.68, Indeks Perladangan lemah 30.86 mata kepada 6,731.91 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 1.87 mata kepada 171.06.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023

Pada 9.10 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 19.08 mata kepada 1,414.00 daripada 1,433.08 pada penutup Jumaat. -Gambar fail/Bernama

Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC
Fasa 1 JENDELA telah mencapai 7.74 juta premis sedia untuk disambungkan dengan Internet gentian, melebihi sasaran awal 7.5 juta premis.

NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami
Ia menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

Satu maut, dua cedera ringan akibat dipanah petir ketika memikat burung
Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera ringan selepas dipanah petir ketika sedang memikat burung di kawasan tanah lapang di Kampung Padang Tanjung, Marang, hari ini.

Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat
Skuad hoki remaja lelaki kebangsaan menamatkan cabaran di tangga keempat Piala Remaja Asia 2023 selepas tumpas 1-2 kepada Korea Selatan.

Negara dijangka tidak akan berhadapan krisis bekalan air seperti 1998 - SPAN
Malaysia dijangka tidak akan berhadapan dengan krisis bekalan air seperti yang pernah dialami pada 1998 walaupun negara diramal mengalami fenomena El-Nino pada Jun hingga September ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Jun 2023.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan
Seorang warga emas wanita berusia 74 tahun maut dipercayai dipukul anak perempuannya dalam kejadian pada awal pagi tadi di sebuah rumah di Tambun Tulang.

Pendekatan holistik diperlukan untuk tangani serangan siber - Fahmi
Menurut Fahmi, fokus hendaklah dialih daripada cuba mencegah serangan siber sepenuhnya kepada menyusun strategi serta meminimumkan impak apabila ia berlaku.

Anggota polis kena saman salah guna parkir OKU
Saman dikeluarkan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Kebimbangan kemelut hutang AS dorong Bursa Malaysia dibuka rendah
Kebimbangan berkisar kemelut perjanjian siling hutang Amerika Syarikat (AS) terus melemahkan sentimen pelabur pagi ini.

Bursa Malaysia dibuka rendah, petunjuk Wall Street bercampur-campur
Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.25 mata kepada 1,395.66 daripada 1,396.91 pada penutup semalam.

MAHB kekal untung selepas merekodkan untung bersih suku pertama RM58.19 juta
MAHB catat untung bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Bursa Malaysia dibuka rendah pada sesi awal urus niaga
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.47 mata kepada 1,399.46 berbanding 1,404.93 pada penutupan Isnin.

Keuntungan bersih suku pertama 2023 AirAsia X berjumlah RM327.99 juta
Hasil syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu meningkat kepada RM548.84 juta daripada RM113.02 juta pada tempoh yang sama tahun lepas apabila perjalanan antarabangsa pulih semula.

Keuntungan bersih TNB naik kepada RM1 bilion pada suku pertama
Hasil meningkat 3.9 peratus kepada RM12.63 bilion daripada RM12.15 bilion sebelum disebabkan oleh jualan elektrik yang lebih tinggi.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.49 mata kepada 1,403.47 daripada 1,402.98 pada penutup Jumaat.

Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya
Pada 9.17 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berkurangan 2.51 mata kepada 1,399.97 daripada 1,402.48 sewaktu ditutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka agak tinggi pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.96 mata kepada 1,410.58 daripada 1,409.62 pada penutup semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pada sesi awal dagangan
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.24 mata kepada 1,411.78 daripada 1,411.54 pada penutup semalam.