KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini, mengambil petunjuk daripada Wall Street yang sekali lagi mencatatkan penurunan semalaman berikutan testimoni Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) Jerome Powell kepada Kongres AS yang cenderung menyebelahi kenaikan kadar faedah.
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.64 mata kepada 1,392.81 daripada 1,393.45 pada penutup hari Rabu.
Indeks utama dibuka 1.33 mata lebih rendah pada 1,392.12.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 117 berbalas 105, manakala 205 kaunter tidak berubah, 1,867 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.
Jumlah dagangan 123.60 juta unit bernilai RM42.25 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street mengalami kejatuhan apabila peniaga mencerna komen Powell yang membayangkan lebih banyak kenaikan kadar untuk membendung inflasi tahun ini.
Sehubungan itu, Purata Perindustrian Dow Jones kerugian 102 mata manakala Nasdaq merosot 165 mata apabila hasil 10 tahun Perbendaharaan AS meningkat sedikit kepada 3.727 peratus.
Di dalam negara, Thong menambah FBM KLCI ditutup pada paras tertinggi hampir satu bulan semalam disokong oleh komen terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pasaran ekuiti.
"Kami menjangkakan sekiranya indeks berjaya kekal melepasi paras 1,390 hari ini, ia akan mencabar paras seterusnya 1,400 seterusnya. Justeru, kami percaya pengumpulan saham kewangan dan telekomunikasi akan berterusan selepas kegiatan jualan rancak baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB susut tiga sen kepada RM5.22, Tenaga Nasional menambah tiga sen menjadi RM9.22 sementara Maybank, Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah, masing-masing mencatatkan RM8.74, RM3.91 dan RM5.87.
Bagi saham aktif, Vinvest Capital dan Bintai masing-masing merosot setengah sen kepada tujuh sen dan 7.5 sen, Bumi Armada menokok satu sen menjadi 49.5 sen, Tanco naik setengah sen kepada 51.5 sen manakala Classita tidak berubah pada 9.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 3.86 mata kepada 10,246.60, Indeks FBMT 100 berkurangan 5.49 mata kepada 9,945.97 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 0.24 mata menjadi 10,516.16
Indeks FBM 70 susut 11.36 mata kepada 13,466.52 tetapi Indeks FBM ACE naik 26.25 mata untuk mencatatkan paras 5,114.27.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 3.07 mata kepada 15,469.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.27 mata menjadi 159.02 dan Indeks Perladangan susut 4.65 mata kepada 6,719.72 manakala Indeks Tenaga menambah 4.88 mata kepada 788.77.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.64 mata kepada 1,392.81 daripada 1,393.45 pada penutup hari Rabu. -Gambar fail/Bernama
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Detik sukar bagi Bursa Malaysia kian berlalu
Petunjuk pasaran itu dijangka mencecah paras 1,530 pada akhir tahun, disokong oleh mudah tunai domestik yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi seiring kebanyakan pasaran serantau
FBM KLCI dibuka 5.19 mata lebih tinggi kepada 1,382.12 dan bergerak di antara 1,382.02 dengan 1,392.23 sepanjang dagangan hari ini.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini ketika indeks utama susut sedikit berikutan prestasi Public Bank dan Hong Leong Bank.
Bursa Malaysia teruskan peningkatan pada awal dagangan
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam apabila dibuka lebih tinggi hari ini, didorong oleh belian berterusan di kaunter-kaunter berkaitan indeks berikutan sentimen serantau yang positif.
Harga saham BSKL dijangka meningkat
Harga saham di Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkatnya minggu ini.