Skip to main content

Malaysia

Ismail Lasim tidak sihat, sedang terima rawatan di hospital

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas dilaporkan tidak sihat. -Foto fail
Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas dilaporkan tidak sihat. -Foto fail

Ringkasan AI

  • Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim sedang mendapatkan rawatan di hospital selepas dilaporkan tidak sihat.
  • Anaknya, Naim Ismail, mengesahkan keadaan tersebut dan memaklumkan Ismail tidak sihat melalui aplikasi WhatsApp.
  • Setiausaha Akhbar memaklumkan keadaan Ismail semakin pulih dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai.
Advertisement

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Ismail Lasim dilaporkan tidak sihat dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital, di sini.

Perkara itu disahkan anak beliau Naim Ismail, ketika dihubungi Bernama hari ini.

“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau Mohd Fasha Musthafa memaklumkan keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, dilaporkan semakin pulih.

Beliau turut mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai serta meminta semua pihak mendoakan supaya Ismail segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.

Advertisement

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement